Monday, December 31, 2007

The emails are getting lesser and lesser. The words are getting much shorter. Till in the very end , it becomes none. is that the price we have to pay when our bestfriend having a bestfriend?

Those words stabbed into my heart. Very painfull. As if in an angry words and emotion, this friend of mine says :

How dare you left me alone?
Where are you when I am in need?
Have you forgotten our cherish moments as bestfriends?
Have you think of me all this while you left me behind?
Can you at least sms or give me a call or email me motivating phrase?
Can you at least ask and eager to know my physical and emotional condition?
Am I happy and live happily everyday, am I..am I…am I…
I disappointed with you!
How dare you?

I’m sorry to her. Not that I forgot her, but sometimes my own mistake, fail to organize time, financial and self-management in new world after graduating. A world of maturing me as a muslim woman. Hopefully she knows how much I miss her.

Saturday, December 29, 2007

Travelog Relawan

Saat membaca Travelog Relawan aku merasa seolah mengalir darah segar di sekujur tubuh ini. Betapa minatnya aku untuk mengembara dan melihat alam ciptaanNya dengan lebih dekat. Betapa melihat hamba Allah meningkatkan lagi rasa rendah diri ini sebagai hambaNya. Betapa melihat diari kehidupan manusia aku merasa lebih mendidik jiwa. Ah, betapa aku suka mengembara sehinggakan aku berharap dan merasakan hari-hariku adalah suatu pengembaraan mengenal diri agar lebih dekat padaNya.

Walaupun pengembaraanku tidak sehebat pengembaraan Ibnu Battutah namun sekurang-kurangnya aku suka melihat dan belajar dari segala ciptaan Tuhan yang ada. Maha suci Allah.

Berkeinginan tinggi untuk menziarahi teman-teman di Singapura, Thailand, China dan di mana-mana bumi bisa dipijak.Namun ilmu dan kemahiran belum melayakkan aku untuk merasai tanah dan mengenali penghuninya.

Tidak seteguh tekad

Teringat buku Seteguh Tekad yang pernah ku baca. Tidak mampu untuk membelek helaian demi helaian untuk meneruskan pembacaan dan sehingga kini, aku belum pernah habis membacanya. Manakan mampu, untuk helaian pertama, aku sudah tersedu sedan menangisi perjalanan hidup insan bernama Sidek Baba. Betapa aku kadangkala merasa rugi yang teramat kerana bukan aku insan terpilih yang merasai jerih payah tarbiah Allah yang dialami beliau. Namun aku yakin dengan firman Allah dalam ayat terakhir surah Al-Baqarah bahawa;

‘Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.’

(2 : 286)

Tuesday, December 25, 2007

AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE


Selamat menonton kepada teman-teman Indonesia


Dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari 2007.








OST A2C, oleh Rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamuBila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

RUMAH TERBUKA PERKEPISSMA


RUMAH TERBUKA PERKEPISSMA

Sayup terdengar takbir raya bergema,
Berkumpul PERKEPISSMA di rumah Diana,
Menyambut Aidiladha kali ketiga,
Bersama-sama mengerat ukhuwah di jiwa.

Pada hari Sabtu, 22 Disember 2007 terukir sejarah, PERKEPISSMA menyambut Aidiladha bersama buat kali ketiga tahun ini. Walaupun rumah terbuka tidak dapat diadakan pada 10 Zulhijjah, namun aktiviti berusrah (usrah umum kedua) bersama mengeratkan lagi hati-hati yang sudah lama tidak bertemu.

Rumah terbuka di rumah Saudari Dianasari di Sungai Tangkas UKM telah dihadiri oleh seramai 8 orang muslimin dan 8 orang muslimat PERKEPISSMA. Pengisian disampaikan oleh Saudara Azrul dan perkongsian pengalaman lawatan ke Turki dan bengkel anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan MAIS pula disampaikan oleh Saudara Khairul Anwar. Antara makanan yang dihidangkan ialah spageti, nasi aru, laksa Sarawak, agar-agar pelangi, sambal goreng, acar timun, kek lapis Sarawak dan air sirap.

Terima kasih kepada Saudari Siti Nurbaya atas sokongan yang diberikan. Juga kehadiran Saudara Ikhram (Exco Dakwah Tarbiyah PKPIM) dan Saudari Hawa (PKPIM-UIA Kuantan). Selamat datang ke dalam keluarga PERKEPISSMA buat Saudari Noor Azahara dan Saudari Ruzana. Teristimewa buat tuan rumah, Saudari Dianasari yang sudi memberi ruang dan masa untuk teman-teman muslimat meluangkan masa bersama selama tiga hari di rumahnya. Hanya Allah yang bisa membalasnya. Buat teman-teman PERKEPISSMA dan SISMA yang tidak berkesempatan menghadiri rumah terbuka ini, kami doakan moga kita semua dapat dipertemukan di Aidiladha tahun hadapan.

Salam Aidiladha buat teman-teman.

Sunday, December 2, 2007

CERITAKU DI PENANG

Menelusuri lebuhraya menuju ke Pulau Pinang, setepatnya ialah USM bersama ahli PKPIM memberi kesempatan kepadaku untuk mengenali adik-adikku dengan lebih dekat lagi. Pada satu tempat dalam perjalanan kami, berlaku tragedi tanah runtuh di seberang jalan. Alhamdulillah, kami selamat kerana tidak berada di seberang jalan tersebut.

Pendahuluan ucapan berupa pengalaman di atas, menjadi pendahuluan ucapan ku pada hari ahad yang lalu sempena kepulangan awal yang terpaksa daripada Program Latihan Aktivis Belia anjuran TERAS , Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Mana tidaknya, aku diminta memberi ucapan sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Isi kandungan ucapanku hanya bermodalkan tentang mensyukuri nikmat, kuliah yang pernah ku hadiri dan disampaikan oleh Dr. Farid Shahran suatu ketika dulu. Ditambah sedikit dengan tanggungjawab remaja melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan bukannya menjadikan orang lain sebagai idola sewenang-wenangnya, dan ucapan ku diakhiri dengan kata-kata dan pantun ini :

Kata-kataku bukannya mutiara,
Bukan juga emas mahal berganda
Sekadar butiran tiada nilainya
Buat menyampai rasa, menyemai cinta
Buat menyentuh hati hambaNya.

Kalau ada hajat yang panjang
Boleh saya mai lagi
Kalau ada hasrat yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Serba salah diriku dibuatnya, mahu tudak mahu terpaksa juga meluahkan kata-kata di khalayak ramai, khalayak ramai yang terdiri seawal usia 13 tahun sehingga 50 tahun ke atas, yang terdiri daripada penulis, pendakwah bebas dan pemimpin GAMIS UTP. Siapalah aku untuk berucap jika dibandingkan dengan mereka.

Sedikit ceritera pengalamanku sepanjang program;
Perjalanan yang agak jauh dan waktu siang yanag panjang memaksaku untuk tidur di sepanjang perjalanan, mana tidaknya sebelum ini kebiasaan ku mengambil bas waktu malam untuk suatu perjalanan yang jauh bukannya siang yang terang benderang. Masa di dalam bas sebelum tertidur aku luangkan berbual dengan Nadiah. Berbaloi juga perjalanan itu kerana untuk mengenal seseorang seharusnya dengan mengembara bersama-sama.

Setibanya di Desasiswa Saujana, USM aku dikejutkan dengan kehadiran teman-teman KPIJ dan yang paling menggembirakanku ialah kehadiran adinda Kartini Sulaiman yang sudah lama tidak ku temui. Gembiranya kami bukan kepalang. Sepanjang program berjalan, aku sempat mengenali anakanda Presiden TERAS, Ilham namanya. Masih muda, berusia 20 tahun dan dalam dua tahun lagi akan melanjutkan pelajaranya di USA. Mengenali seorang penulis wanita yang seusia denganku namun enggan memberikan nama penanya, selain mengenali seadanya seorang pendakwah bebas dan seorang ahli GAMIS UTP. Yang pasti bagiku, semua yang menghadiri program ini hebat-hebat belaka.

Nakalnya aku apabila melarikan diri dari program pada hari Sabtu, 24 November 2007 bersama teman-teman KPIJ untuk menghadiri walimah Sdr. Arifuddin Asmuni dan Sdri. Munirah di Alor Setar Kedah. Sehari suntuk perjalanan cukup meletihkan. Namun puas kerana dapat meluangkan masa sepuasnya dengan adinda Kartini atau Deq Ni.

Pendidikan kepenggunaan untuk berdakwah dan peranan belia menjadi agen perubah masyarakat menjadi objektif program. Setuju atau tidak memang belia mempunyai peranan mengubah masyarakat. Sepanjang program, peserta didedahkan dengan segala isu berkaitan kepenggunaan, dari isu hedonisme sehinggalah isu dadah dibincangkan. Seolah-olah dunia ini sudah dipenuhi segala macam masalah dan penyakit. Pening juga kepala memikirkan apa ubat untuk semua masalah dan penyakit ini.

Namun satu yang pasti, ketakpuashatian aku tentang suatu tulisan artikel yang diedarkan secara sengaja kepada peserta tentang kelemahan SEMUA gerakan pelajar. Penulisan yang bagus tetapi tidak begitu sesuai untuk diedarkan kepada
golongan remaja yang masih baru mengenali apa itu gerakan pelajar. Setuju atau tidak, kecewa atau tidak terpulang kepada pembaca tulisan tersebut, bergantung kepada SIAPA yang membaca dan menganalisis isi kandungan tulisan tersebut. Bukan alasan bahawa aku sekarang sedang bergiat dengan sebuah gerakan pelajar, tetapi secara amnya tidaklah molek pendapat penulis itu disebarluaskan. Bagaikan membuka pekung di dada dan menunjukkan bahawa ‘mereka’ yang mengedarkannya lah yang ‘paling betul dan hebat’.

Apa-apapun tanggapan mereka terhadapku, yang pasti aku bukan bersikap ‘memilih’ orang. Sudah ku buktikan bahawa jika mahu bergerak, bergeraklah kerana Islam dan Allah semata, bukan kerana jawatan dan organisasi yang diterajui. Bukan memilih atas dasar aku dan kau mesti berasal dari satu pasukan yang sama menggunakan jalan dan cara yang sama barulah boleh bergerak. Walaubagaimanapun, program kemasyarakatan seperti ini harus ditambah dan diadakan lagi pada masa hadapan agar kesiapsagaan belia menangani isu kepenggunaan secara langsung boleh dilaksanakan.

Akhirnya,
Perjalanan pulangku ke Kuala Lumpur bersendirian dan kecederaan ringan yang harus ditanggung setibanya aku di Gombak perlu dihadapi dengan sabar.

‘Terima kasih kepada adinda Adam dan Hanan yang sudi menemaniku di stesen bas tempoh hari dan mantan pimpinan PKPIM USM yang menjadi urusetia program serta semua peserta yang sudi melayan karenah ku yang ‘gila-gila’ sepanjang program-sengaja kerana ku lihat ada jurang personality yang ketara antara para peserta akibat perbezaan usia’

Pengembaraan ke Pulau Pinang kali kedua dalam tempoh tiga tahun di Kuala Lumpur.

26 November 2007
12.58 malam


Biar dibenci, jangan berhenti memberi

Ibu mithali ibu sejati menjadi tema Anugerah Ibu Mithali kali ke-9 tahun ini. Program yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Islamiah Malaysia (YADIM) dengan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 21 November 2007 dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Ucapan oleh dua orang pemimpin iaitu YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie B. Hj. Ahmad, Yang Dipertua YADIM dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Ibu Mithali memeriahkan lagi majlis tersebut. Persembahan lagu Ibu Mithali dan Syurga di Telapak Kaki Ibu oleh Aisyah menghiburkan hadirin.

Anugerah tahun ini diterima oleh Hajah Esah Binti Din yang berasal dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah. Beliau mempunyai 17 orang anak, masing-masing 13 orang daripadanya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan menjawat pelbagai jawatan tinggi. Apa yang menarik tentang personaliti beliau ialah kegigihan beliau mengahrung kapayahan hidup bagi memastikan setiap anaknya mendapat pendidikan. Beliau sendiri buta huruf dan tidak mahu melihat anak-anaknya ketinggalan dalam pelajaran. Walaupun semua anaknya sudah boleh berdikari dan dia boleh hidup senang, namun sifat pemurah dan suka membantu menjadikan beliau tidak senang duduk di rumah. Ada saja pekerjaan yang akan dilakukannya membantu penduduk kampung sehingga mendapat gelaran “Menteri Kebajikan”. Prinsip beliau ialah biar dibenci jangan berhenti memberi. Apa yang pasti, keikhlasan beliau membantu tanpa ada jawatan rasmi harus dicontohi oleh masyarakat.

Beberapa persoalan timbul di minda, jika dilihat tahun perkahwinan sembilan finalis Anugerah Ibu Mithali dan bilangan anak mereka, penulis kira kriteria untuk Anugerah Ibu Mithali 10 hingga 20 tahun akan datang akan berbeza. Finalis-finalis ibu mithali tahun ini rata-rata berkahwin pada usia yang muda dalam lingkungan usia 13 hingga 22 tahun. Jika diperhatikan situasi masa kini, ramai wanita yang memilih untuk berkahwin pada usia 20 tahun ke atas, bilangan anak pun lebih kurang dalam 4 hingga 8 orang anak sahaja. Perkara berkahwin pada usia lanjut ini dipengaruhi oleh kepesatan teknologi, ekonomi dan persaingan pasaran kerja. Jika dulu, wanita perlu menoreh getah seawal 5 pagi, namun kini perkara itu diimbangi dengan persaingan pekerjaan di sektor swasta dan awam. Setiap masa harus menghadap manusia dan mesin.

Setelah Negara mengecap 50 tahun kemerdekaan, fungsi wanita menjadi pelbagai. Wanita 50 tahun dahulu terpaksa bertungkus lumus memastikan anak-anak mendapat pendidikan sebaik mungkin, namun wanita 50 tahun kemudian ini harus mengharungi cabaran persaingan ekonomi dalam sektor pekerjaan dan persaingan untuk memastikan keberlangsungan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi kerana pendidikan asas sudah mampu dimiliki semua. Wanita perlu menjalankan pelbagai tanggungjawab pada masa yang sama; tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang mahasiswa, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja, sebagai pemimpin masyarakat atau pemimpin organisasi. Wanita kini harus bersifat multidimensi sepertimana Saidatina Siti Khadijah, beliau lah isteri, ibu dan pada masa yang sama juga ahli perniagaan. Remaja wanita kini jangan hanya terpesona dengan keseronokan dunia, namun cabaran untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran harus menjadi cita-cita selain memastikan kita pakar dalam bidang masing-masing agar apabila berada di alam dewasa, kita berupaya bersaing dengan pelbagai golongan masyarakat.

Remaja perlu menyahut cabaran untuk menjadi insan bersuadaya; jiwa dipenuhi dengan ilmu, iman dan amal dan mempunyai pelbagai pakej kemahiran selain mempunyai daya saing dan juang yang tinggi. Memetik kata-kata Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, ‘wanita biar menjadi insan yang melangsungkan jejak bakti ummul mukminin pada zaman silam’. Melihat kondisi remaja wanita kini, pastinya kualiti remaja akan dipertikaikan. Istilah manja bagai sinonim dengan arus kehidupan remaja masa kini yang dikelilingi kemewahan duniawi. Sedangkan jika diperhatikan sebenarnya, terlalu banyak cabaran yang harus mereka tempuhi untuk meneruskan survival diri di segenap penjuru kehidupan bermasyarakat. Jika remaja leka dan lalai dengan gejala sosial di luar sana, pasti mereka akan tersungkur di pintu kampus mahupun tersungkur sebelum memasuki gerbang pekerjaan. Kebimbangan terhadap gejala sosial sepertinya menjadi indikator kepada masa depan wanita khususnya dan negara amnya. Hakikat bahawa wanita masih merupakan bilangan majoriti yang menyumbang kepada tenaga kerja negara patut dibanggakan, namun peringkat umur wanita yang menjawat jawatan ini harus dilihat sebagai penunjuk kepada di mana letaknya wanita-wanita muda yang bakal meneruskan keberlangsungan kemajuan negara.

Justeru itu, kesedaran ibu bapa dalam mendidik anak remaja mereka agar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan bukan ilmu untuk lulus peperiksaan semata-mata harus dipupuk semenjak di bangku sekolah lagi. Persiapkanlah anak remaja dengan modal seperti ilmu, kemahiran dan budi pekerti yang sesuai dengan mereka agar pembangunan insan berjaya dicapai dalam 50 tahun akan datang.
Ada apa dengan gastrik

Setiap kali memperkenalkan diri aku rasa perlu memaklumkan tentang masalah gastrik aku ni. Kelemahan ku yang aku sendiri tidak tahu ialah aku suka lupa waktu makan terutamanya bila menjalankan program dan apabila terlalu sibuk melakukan kerja.
Lupa..lupa..dan lupa..
Aku amat memerlukan kawan-kawan yang memahami masalah gastrik dan lupa makan ni..
Aku sepatutnya pantang makan ini dan itu, tapi ada kawan-kawan yang tak memahami, terus anggap aku suka nak makan ‘mewah’…
Akhirnya, kerana kecewa dengan kawan-kawan yang tak memahami ni, aku lupakan pantang dan biarkan saja..
Bila perutku mula sakit, aku senyap je..tahan sakit sendiri, cuma aku bernasib baik tak pernah pengsan lagi sebab tahan sakit.
Aku bukan inginkan perhatian tapi kecewa bila takde kawan yang cuba memahami..
Cerita tentang gastric ni, kadang-kadang oleh sebab sakit, lawan pun boleh jadi kawan tau. Misalnya kawan yang tak suka pada kita, dan kita beri perhatian sikit semasa dia sakit pasti ego dan kebenciannya akan tunduk juga.
Selain itu, aku pantang lihat kawan sakit atau demam, aku akan buat apa yang patut..akhirnya, daripada tak pandai mengurut orang, aku dah boleh mengurut sekarang…..sekurang-kurangnya boleh buat kawan yang demam berpeluh dan rasa baik sikit.
Lagi-lagi aku paling takut kalau-kalau sakit itu menjadi sebab kepada pemergian kita menghadap Illahi, lagilah aku risau dengan kawan-kawan yang demam biasa atau sakit kepala ringan je.
Jadi, hargailah setiap mereka yang berada di samping kita.