Tuesday, December 25, 2007

RUMAH TERBUKA PERKEPISSMA


RUMAH TERBUKA PERKEPISSMA

Sayup terdengar takbir raya bergema,
Berkumpul PERKEPISSMA di rumah Diana,
Menyambut Aidiladha kali ketiga,
Bersama-sama mengerat ukhuwah di jiwa.

Pada hari Sabtu, 22 Disember 2007 terukir sejarah, PERKEPISSMA menyambut Aidiladha bersama buat kali ketiga tahun ini. Walaupun rumah terbuka tidak dapat diadakan pada 10 Zulhijjah, namun aktiviti berusrah (usrah umum kedua) bersama mengeratkan lagi hati-hati yang sudah lama tidak bertemu.

Rumah terbuka di rumah Saudari Dianasari di Sungai Tangkas UKM telah dihadiri oleh seramai 8 orang muslimin dan 8 orang muslimat PERKEPISSMA. Pengisian disampaikan oleh Saudara Azrul dan perkongsian pengalaman lawatan ke Turki dan bengkel anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan MAIS pula disampaikan oleh Saudara Khairul Anwar. Antara makanan yang dihidangkan ialah spageti, nasi aru, laksa Sarawak, agar-agar pelangi, sambal goreng, acar timun, kek lapis Sarawak dan air sirap.

Terima kasih kepada Saudari Siti Nurbaya atas sokongan yang diberikan. Juga kehadiran Saudara Ikhram (Exco Dakwah Tarbiyah PKPIM) dan Saudari Hawa (PKPIM-UIA Kuantan). Selamat datang ke dalam keluarga PERKEPISSMA buat Saudari Noor Azahara dan Saudari Ruzana. Teristimewa buat tuan rumah, Saudari Dianasari yang sudi memberi ruang dan masa untuk teman-teman muslimat meluangkan masa bersama selama tiga hari di rumahnya. Hanya Allah yang bisa membalasnya. Buat teman-teman PERKEPISSMA dan SISMA yang tidak berkesempatan menghadiri rumah terbuka ini, kami doakan moga kita semua dapat dipertemukan di Aidiladha tahun hadapan.

Salam Aidiladha buat teman-teman.

No comments: