Tuesday, February 26, 2008

NOVEL

Semasa aku masih di bangku sekolah menengah, aku pernah memaksa diri untuk membaca novel cinta. Sedangkan semenjak kecil aku hanya meminati genre novel penyiasatan seperti siri Salma, Hardy Boys dan karya penyiasatan Enid Blyton. Apabila karya Ahadiat Akasyah (AK) mahu disenaraikan dalam KOMSAS, terkenang kembali beberapa novel beliau yang pernah ku baca. Pilot Café yang ketika aku di sekolah menengah menjadi bualan hangat teman-teman memaksa aku untuk cuba membacanya, namun tiada yang menarik bagiku. Begitu teman-teman memuja-muja Pilot Café ketika itu, hanya satu perkara yang aku kagumi pada AK ialah penerangan keadaan dan infrastruktur sesuatu tempat, seolah-olah kita berada di tempat yang dialami watak dalam cerita. Novel terakhir yang seingat aku pernah dibaca ialah hikayat Cinderella. Membaca kerana tajuknya dan bukan kerana jalan ceritanya. Semakin dewasa, aku memberanikan diri membaca karya Faisal Tehrani setelah teman-teman sudah dipadatkan dengan novel-novel cinta (bukan salah tindakan mereka, lebih baik daripada tidak membaca langsung tetapi haruslah mempelbagaikan genre bacaan). Dalam karya beliau aku temui sesuatu yang betul-betul kena dengan jiwaku, terutama novel beliau Tuhan Manusia dan Bila Tuhan Berbicara (hanya beberapa sahaja novel beliau yang ku baca, kerana aku sangat cerewet dalam memilih dan membaca novel). Teringat dengan salah seorang guru Bahasa Melayu di SMKL dulu, Cikgu Ahmad yang mengajarku di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. semua seni syair, pantun, pidato, perbahasan, sajak, teater dan drama diajarkan kepada kami, semuanya praktikal bukan hanya teori, namun apa yang beliau lakukan membuatkan aku dan teman-teman bumiputera Sarawak ketika itu, sehingga kini menghargai kedaulatan Bahasa Melayu dalam kehidupan. Terima kasih cikgu.

Saturday, February 23, 2008

SEPUTAR FORUM BERHIJAB GAYA HIDUPKU


HEWI PKPIM yang hadir bersama.


Barisan kepimpinaan NGO wanita.




Forum disampaikan oleh Erma fatima, Wardina dan Prof. Azizan.
26 Januari 2008

Tuesday, February 12, 2008

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Mengenali Turki sebagai sebuah Negara Islam namun sepenuhnya mencipta dan mengamalkan undang-undang sekular amat mendukacitakan umat. Perkembangan terkini (BH, 28 Januari 2008) mengenai isu penghapusan undang-undang pengharaman pemakaian tudung di Turki sedikit sebanyak memberi harapan baru di bawah kepimpinan Perdana Menterinya Reccep Tayyip Erdogan terhadap masa depan umat Islam di sana.

Rentetan situasi yang berlaku di Turki berkait juga dengan kemelut pemakaian tudung atau hijab untuk muslimah yang berlaku di dalam dan luar Negara. Di Morocco misalnya yang juga sebuah Negara Islam, meminda secara radikal silibus pelajarannya sehingga mengeluarkan gambar seorang ibu berhijab dari sebuah buku pendidikan. Di Tunisia pula, undang-undang menyifatkan tindakan menutup kepala sebagai ‘pakaian persengketaan’. Pelajar tidak dibenarkan memasuki sekolah dan insititut pengajian tinggi. Belum lagi sehingga sesiapa yang ingin mengenakan tudung perlu menandatangani surat akuan. Keadaan di Tunisia sama sahaja dengan negara lain seperti Perancis dan Singapura.

Realiti di Malaysia memperlihatkan kita beberapa kes yang membuka minda kita tentang ancaman terhadap wanita bertudung. Contohnya, sebuah syarikat tambang murah mengenakan syarat berpakaian sopan terhadap pekerja lelaki tetapi kakitangan wanita pula perlu memakai pakaian yang bertentangan dengan norma ketimuran apatah lagi untuk memenuhi sepenuhnya tuntutan menutup aurat dalam Islam. Kes seperti Habshah Jaafar sebelum ini yang tidak diberi peluang menjawat jawatan tinggi di salah sebuah hotel terkemuka hanya kerana dia bertudung selain pasaraya dan beberapa syarikat korporat juga mementingkan soal penampilan pekerja tanpa mengambil kira hak pekerja sebagai penganut agama Islam dan kebebasan hak sebagai individu untuk mengekspreskan nilai keagamaan dalam kehidupan harian. Jika sesiapa mengikuti Forum Berhijab Gaya Hidupku pada 26 Januari yang lepas di KGPA, Bukit Kiara memperlihatkan perkongsian masalah nyata realiti wanita berkerjaya yang memilih untuk bertudung di mana kebebasan mereka disekat malah sehingga ada yang dibuang kerja.

Menurut Nurhidayah Muhd. Hashim, Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (BH 13 Februari 2008), perkara di atas berlaku kerana sikap tidak menyenangi orang Islam mengamalkan agama mereka selain berpaksikan ketidakfahaman mengenai ajaran Islam sendiri dan kekeliruan berhubung kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika ditinjau dari sudut memberi kefahaman, banyak NGO Islam yang boleh memainkan peranan memberi kesedaran dan kefahaman terhadap isu bertudung atau hijab ini. Usaha oleh Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa (IMWU) mengadakan kempen hari Solidariti Hijab sedunia bermula 4 September setiap tahun merupakan satu contoh usaha memberi pendidikan kepada masyarakat bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam.
Dengan usaha sebegini, apabila kefahaman mengakar dalam masyarakat, maka tiada lagi tekanan sosial akan berlaku terhadap wanita Islam selain hak mereka untuk berpakaian dipelihara oleh majikan dan masyarakat sekeliling. Justeru, bukan NGO sahaja perlu memainkan peranan, individu-individu yang mengaku sebagai Islam sendiri harus menyedari hakikat kewajipan menutup aurat seperti yang dijelaskan oleh Islam. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari alam kanak-kanak lagi tentang kepentingan dan syariat menutup aurat agar dewasa nanti mereka tidak terpengaruh dengan fahaman anti-Islam yang mahu menghapuskan budaya dan kefahaman Islam.
Umat Islam harus bertindak mengamalkan budaya dan syariat Islam secara total, resistan dan independen bagi menangkis budaya luar yang cuba merosakkan pegangan umat Islam. Malaysia masih mempunyai kebebasan dalam memelihara hak individu dalam beragama tetapi jika kita melihat nasib wanita Islam di Turki, Tunisia dan Morocco misalnya, mereka terpaksa berjuang bermati-matian untuk mengekalkan pegangan agama mereka yang melibatkan perlembagaan Negara.

Kita yang mengaku sebagai muslim harus memainkan peranan memberi kefahaman kepada sahabat handai terdekat biar apa pun latar belakang mereka, muslim mahupun bukan muslim. Semoga dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak akan mewujudkan masyarakat yang harmoni, teguh jati diri agamanya walaupun memahami pegangan agama lain agar sikap saling menghormati menjadi modal insan umat Islam di Malaysia.

Monday, February 11, 2008

CINTA DAN MENCINTAI ALLAH

Definisi Cinta

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; memba-tasinya justru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka ba-tasan dan penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya membe-rikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeda dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan,kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini. (Madarijus-Salikin 3/11)


Beberapa definisi cinta:

1. Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai).
2. Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya.
3. Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sebunyi maupun terang-terangan, kemudian merasa bahwa kecintaan tersebut masih kurang.
4. Mengembaranya hati karena men-cari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya.
5. Menyibukkan diri untuk menge-nang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.


PEMBAGIAN CINTA

1. Cinta ibadah
Ialah kecintaan yang menyebabkan timbulnya perasaan hina kepadaNya dan mengagungkanNya serta bersema-ngatnya hati untuk menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala larangaNya.Cinta yang demikian merupakan pokok keimanan dan tauhid yang pelakunya akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang tidak terhingga.Jika ini semua diberikan kepada selain Allah maka dia terjerumus ke dalam cinta yang bermakna syirik, yaitu menyekutukan Allah dalam hal cinta.

2. Cinta karena Allah
Seperti mencintai sesuatu yang dicintai Allah, baik berupa tempat tertentu, waktu tertentu, orang tertentu, amal perbuatan, ucapan dan yang semisalnya. Cinta yang demikian termasuk cinta dalam rangka mencintai Allah.

3. Cinta yang sesuai dengan tabi'at (manusiawi), yang termasuk ke dalam cintai jenis ini ialah:
a. Kasih-sayang, seperti kasih-sayangnya orang tua kepada anaknya dan sayangnya orang kepada fakir-miskin atau orang sakit.
b. Cinta yang bermakna segan dan hormat, namun tidak termasuk dalam jenis ibadah, seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya, murid kepada pengajarnya atau syaikhnya, dan yang semisalnya.
c. Kecintaan (kesenangan) manusia kepada kebutuhan sehari-hari yang akan membahayakan dirinya kalau tidak dipenuhi, seperti kesenangannya kepada makanan, minuman, nikah, pakaian, persaudaraan serta persahabatan dan yang semisalnya.


Cinta-cinta yang demikian termasuk dalam kategori cinta yang manusiawi yang diperbolehkan. Jika kecintaanya tersebut membantunya untuk mencintai dan mentaati Allah maka kecintaan tersebut termasuk ketaatan kepada Allah, demikian pula sebaliknya.

KEUTAMAAN MENCINTAI ALLAH

1. Merupakan Pokok dan inti tauhid
Berkata Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Sa'dy, "Pokok tauhid dan inti-sarinya ialah ikhlas dan cinta kepada Allah semata. Dan itu merupakan pokok dalam peng- ilah-an dan penyembahan bahkan merupakan hakikat ibadah yang tidak akan sempurna tauhid seseorang kecuali dengan menyempurnakan kecintaan kepada Rabb-nya dan menye-rahkan seluruh unsur-unsur kecintaan kepada-Nya sehingga ia berhukum hanya kepada Allah dengan menjadikan kecintaan kepada hamba mengikuti kecintaan kepada Allah yang dengannya seorang hamba akan mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman. (Al-Qaulus Sadid,hal 110)

2. Merupakan kebutuhan yang sangat besar melebihi makan, minum, nikah dan sebagainya.
Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah berkata: "Didalam hati manusia ada rasa cinta terhadap sesuatu yang ia sembah dan ia ibadahi ,ini merupakan tonggak untuk tegak dan kokohnya hati seseorang serta baiknya jiwa mereka. Sebagaimana pula mereka juga memiliki rasa cinta terhadap apa yang ia makan, minum, menikah dan lain-lain yang dengan semua ini kehidupan menjadi baik dan lengkap.Dan kebutuhan manusia kepada penuhanan lebih besar daripada kebutuhan akan makan, karena jika manusia tidak makan maka hanya akan merusak jasmaninya, tetapi jika tidak mentuhankan sesuatu maka akan merusak jiwa/ruhnya. (Jami' Ar-Rasail Ibnu Taymiyah 2/230)

3. Sebagai hiburan ketika tertimpa musibahBerkata Ibn Qayyim, "Sesungguh-nya orang yang mencintai sesuatu akan mendapatkan lezatnya cinta manakala yang ia cintai itu bisa membuat lupa dari musibah yang menimpanya. Ia tidak merasa bahwa itu semua adalah musibah, walau kebanyakan orang merasakannya sebagai musibah. Bahkan semakin menguatlah kecintaan itu sehingga ia semakin menikmati dan meresapi musibah yang ditimpakan oleh Dzat yang ia cintai. (Madarijus-Salikin 3/38).

4. Menghalangi dari perbuatan maksiat.Berkata Ibnu Qayyim (ketika menjelaskan tentang cinta kepada Allah): "Bahwa ia merupakan sebab yang paling kuat untuk bisa bersabar sehingga tidak menyelisihi dan bermaksiat kepada-Nya. Karena sesungguhnya seseorang pasti akan mentaati sesuatu yang dicintainya; dan setiap kali bertambah kekuatan cintanya maka itu berkonsekuensi lebih kuat untuk taat kepada-Nya, tidak me-nyelisihi dan bermaksiat kepada-Nya.Menyelisihi perintah Allah dan bermaksiat kepada-Nya hanyalah bersumber dari hati yang lemah rasa cintanya kepada Allah.Dan ada perbeda-an antara orang yang tidak bermaksiat karena takut kepada tuannya dengan yang tidak bermaksiat karena mencintainya.Sampai pada ucapan beliau, "Maka seorang yang tulus dalam cintanya, ia akan merasa diawasi oleh yang dicintainya yang selalu menyertai hati dan raganya.Dan diantara tanda cinta yang tulus ialah ia merasa terus-menerus kehadiran kekasihnya yang mengawasi perbuatannya. (Thariqul Hijratain, hal 449-450)

5. Cinta kepada Allah akan menghilangkan perasaan was-was.Berkata Ibnu Qayyim, "Antara cinta dan perasaan was-was terdapat perbe-daan dan pertentangan yang besar sebagaimana perbedaan antara ingat dan lalai, maka cinta yang menghujam di hati akan menghilangkan keragu-raguan terhadap yang dicintainya.Dan orang yang tulus cintanya dia akan terbebas dari perasaan was-was karena hatinya tersibukkan dengan kehadiran Dzat yang dicintainya tersebut. Dan tidaklah muncul perasaan was-was kecuali terhadap orang yang lalai dan berpaling dari dzikir kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala , dan tidaklah mungkin cinta kepada Allah bersatu dengan sikap was-was. (Madarijus-Salikin 3/38)

6. Merupakan kesempurnaan nikmat dan puncak kesenangan.Berkata Ibn Qayyim, "Adapun mencintai Rabb Subhannahu wa Ta'ala maka keadaannya tidaklah sama dengan keadaan mencin-tai selain-Nya karena tidak ada yang paling dicintai hati selain Pencipta dan Pengaturnya; Dialah sesembahannya yang diibadahi, Walinya, Rabb-nya, Pengaturnya, Pemberi rizkinya, yang mematikan dan menghidupkannya. Maka dengan mencintai Allah Subhannahu wa Ta'ala akan menenteramkan hati, menghidupkan ruh, kebaikan bagi jiwa menguatkan hati dan menyinari akal dan menyenangkan pandangan, dan menjadi kayalah batin. Maka tidak ada yang lebih nikmat dan lebih segalanya bagi hati yang bersih, bagi ruh yang baik dan bagi akal yang suci daripada mencintai Allah dan rindu untuk bertemu dengan-Nya.Kalau hati sudah merasakan manisnya cinta kepada Allah maka hal itu tidak akan terkalahkan dengan mencintai dan menyenangi selain-Nya. Dan setiap kali bertambah kecintaannya maka akan bertambah pula pengham-baan, ketundukan dan ketaatan kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala dan membebaskan diri dari penghambaan, ketundukan ketaatan kepada selain-Nya."(Ighatsatul-Lahfan, hal 567)

ORANG-ORANG YANG DICINTAI ALLAH Subhannahu wa Ta'ala

Allah Subhannahu wa Ta'ala mencintai dan dicintai. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman di dalam surat Al-Ma'idah: 54, yang artinya: "Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai Allah."
Mereka yang dicintai Allah Subhannahu wa Ta'ala :


· Attawabun (orang-orang yang bertau-bat), Al-Mutathahhirun (suka bersuci), Al-Muttaqun (bertaqwa), Al-Muhsinun (suka berbuat baik) Shabirun (bersa-bar), Al-Mutawakkilun (bertawakal ke-pada Allah) Al-Muqsithun (berbuat adil).
· Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan yang kokoh.
· Orang yang berkasih-sayang, lembut kepada orang mukmin.
· Orang yang menampakkan izzah/kehormatan diri kaum muslimin di hadapan orang-orang kafir.
· Orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di jalan Allah.
· Orang yang tidak takut dicela manusia karena beramal dengan sunnah.
· Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib.


SEBAB-SEBAB UNTUK MENDAPATKAN CINTA ALLAH Subhannahu wa Ta'ala

· Membaca Al-Qur'an dengan memikir-kan dan memahami maknanya.
· Berusaha mendekatkan diri kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah yang wajib.
· Selalu mengingat Allah Subhannahu wa Ta'ala , baik de-ngan lisan, hati maupun dengan anggota badan dalam setiap keadaan.
· Lebih mengutamakan untuk mencintai Allah Subhannahu wa Ta'ala daripada dirinya ketika hawa nafsunya menguasai dirinya.
· Memahami dan mendalami dengan hati tentang nama dan sifat-sifat Allah.
· Melihat kebaikan dan nikmatNya baik yang lahir maupun yang batin.
· Merasakan kehinaan dan kerendahan hati di hadapan Allah.
· Beribadah kepada Allah pada waktu sepertiga malam terakhir (di saat Allah turun ke langit dunia) untuk bermunajat kepadaNya, membaca Al-Qur'an , merenung dengan hati serta mempelajari adab dalam beribadah di hadapan Allah kemudian ditutup dengan istighfar dan taubat.
· Duduk dengan orang-orang yang memiliki kecintaan yang tulus kepada Allah dari para ulama dan da'i, mendengar-kan dan mengambil nasihat mereka serta tidak berbicara kecuali pembica-raan yang baik.
· Menjauhi/menghilangkan hal-hal yang menghalangi hati dari mengingat Allah Subhannahu wa Ta'ala .


(Disadur dari kalimat mutanawwi'ah fi abwab mutafarriqah karya Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd oleh Abu Muhammad).

(Sumber daripada : http://van.9f.com/article%20islam2/cinta_dan_mencintai_allah.htm)
Permintaan daripada teman-teman IPIK; Fara dan Tiqah

Saturday, February 9, 2008

PERKEPISSMA


Motto "Bertugas dengan ikhlas" Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Cheras menemukan HEWI PERKEPISSMA pada 7 Februari 2008. Terima kasih kepada Saudari Farah dan Atiqah yang sudi melayan kedatangan kami ke IPIK. Semoga ukhuwah berpanjangan.

BERTUGAS DENGAN IKHLAS


Ikhlas itu ialah mengembalikan segala usaha yang dilakukan kepada Allah. S. W.T. Demikian kata-kata ulasan daripada Ustaz Sheikh Fahmi Zam Zam tatkala mengupas Kitab Al-Hikam pada kuliah yang penulis hadiri beberapa minggu lepas. Keikhlasan mudah disebut di bibir tetapi hakikat pengetahuan akal tentangnya amat singkat. Hanya Allah maha mengetahui akan isi hati hambaNya. Contoh keikhlasan hambaNya dapat dilihat daripada keikhlasan Rabiatul Adawiyah,

Pernah pada suatu hari beberapa orang salih datang berziarah ke rumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya jawab di antara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah :

‘Mengapa anda menyembah Allah?’ tanya rabiah.

‘Kerana saya takut akan api neraka,’ jawab orang itu.

‘Mengapa anda menyembah Allah?’ Rabiah bertanya pula kepada tetamu yang lain.

‘Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syura-Nya,; jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata :

‘Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!’

Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan :

‘Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah?’


Rujukan : Rabi’atul Adawiyah dan Cinta, Abdul Mun’im Qindil, 1997, ms 79



Friday, February 8, 2008

BAITUN NISA

Tragedi pintu bilik terkunci dan ketiadaan sebentar ke Cheras mentakdirkan pertemuan dengan adik-adik APIS (Alumni Pelajar Islam SBP) di Baitun Nisa. Program Liqa' Muslimat diadakan selama dua hari membincangkan peranan wanita dalam menangani masalah sosial remaja. Tazkirah subuh yang penulis sampaikan berkongsi tentang peranan manusia sebagai hamba Tuhan, yang wajib menyintaiNya, melakukan amanah sebagai khalifah. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada pelajar lepasan SPM. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga perkongsian ilmu dan ukhuwah diberkati hendakNya.

Friday, February 1, 2008

PERKEPISSMA

LAPORAN PROGRAM LEPAS

Program : Induksi Kem Berambeh Selaseh 2 (2008)
Tarikh : 1 Januari 2008
Tempat : UiTM Shah Alam
Catatan : Berkesempatan menziarahi rumah Saudara Mohd. Rezwan Alias (mantan Exco
Pendidikan & Penyelidikan PKPIM) di Shah Alam
(Kehadiran : Umar, Krol, Afif, Eusoffe, Hisyam, Azrul, Comel, Ruzana, Nor Azahara, Husna, Mar)


PROGRAM AKAN DATANG

Saudara/ Saudari yang berminat dijemput dengan segala hormatnya;

KEM BERAMBEH SELASEH 2
Tarikh : 15-17 Februari 2008
Tempat : Kem herba, Sg. Congkak
Yuran : RM15
Anjuran : Persatuan Kebajikan Pelajar ISlam Sarawak
(PERKEPIS)