Saturday, February 9, 2008

BERTUGAS DENGAN IKHLAS


Ikhlas itu ialah mengembalikan segala usaha yang dilakukan kepada Allah. S. W.T. Demikian kata-kata ulasan daripada Ustaz Sheikh Fahmi Zam Zam tatkala mengupas Kitab Al-Hikam pada kuliah yang penulis hadiri beberapa minggu lepas. Keikhlasan mudah disebut di bibir tetapi hakikat pengetahuan akal tentangnya amat singkat. Hanya Allah maha mengetahui akan isi hati hambaNya. Contoh keikhlasan hambaNya dapat dilihat daripada keikhlasan Rabiatul Adawiyah,

Pernah pada suatu hari beberapa orang salih datang berziarah ke rumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya jawab di antara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah :

‘Mengapa anda menyembah Allah?’ tanya rabiah.

‘Kerana saya takut akan api neraka,’ jawab orang itu.

‘Mengapa anda menyembah Allah?’ Rabiah bertanya pula kepada tetamu yang lain.

‘Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syura-Nya,; jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata :

‘Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!’

Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan :

‘Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah?’


Rujukan : Rabi’atul Adawiyah dan Cinta, Abdul Mun’im Qindil, 1997, ms 79



No comments: