Kesempatan menghadiri induksi kampus di sebuah masjid memberi satu gambaran yang tidak pernah tergambarkan oleh minda. Cerita-cerita yang hanya didengar di telinga tanpa mengetahui fakta sebenar akhirnya menjadi kenyataan di depan mata.
“Macam manalah dakwah nak berkembang kalau macam ni lah gayanya”, kata-kata yang disampaikan oleh seorang teman yang turut bersama dalam induksi dua hari itu membuat saya berfikir jauh. Masjid yang dikawal ketat, hatta mahasiswa muslim yang berhasrat mengadakan program di masjid ini pun dikenakan syarat tertentu; harus berjubah, muslimat yang berseluar dipertikaikan selain perbincangan antara muslimin dan mujslimat harus di adakan di tempat tertutup yakni dihadang oleh pendinding atau lain-lain seumpamanya.
Keterbatasan; sedangkan niat hanya mahu mengadakan perbincangan di tempat mulia ini. Terfikir juga jika orang-orang biasa yang menjalankan program-program biasa bukan bersifat ibadah, adakah mereka juga akan disekat untuk mendekati masjid untuk berprogram. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, risau juga terhadap masjid yang dikendalikan oleh ‘golongan yang berkepentingan’ sedangkan masjid adalah semulia tempat bagi insan yang mulia.
6 Jun 2008
3 comments:
salam. setuju ngan pendapat kitak. kena berlembut juak.
Kak Mariati!! lamak sik jumpa since last time(and 1st time) i met u at masjid asy-syakirin. makan laksa sarawak tym ya.
btw, about your recent article.It's true, dalam berdakwah, perlu berhikmah. Untuk memahami mad'u, kta betul2 perlu memudahkan mrk dan bukan menyukarkan mrk. Persoalan pokok lebih perlu diutamakan. Niat mrk nak ke masjid harus di rai dan utk memupuk adab(dari segi menjaga adab berpakaian etc), semua kesedaran tu akan timbul sendiri apabila nilai2 yg menjadi tunjang Islam (spt aqidah) berjaya kita serapkan.
Hmm.. sejauh mana diri ini berusaha berdakwah? isk..isk..
Salam ibrahim,
Pkaba?
cne kinek?
Kak Mar..
Post a Comment