Wednesday, June 15, 2011

DISKUSI REMAJA


Memahami permasalahan sosial remaja menjadi tajuk DISKUSI REMAJA pada hari Ahad, 12 Jun 2011 tempoh hari. Di hadiri seramai 15 orang remaja sekitar Piasau, Senadin, Tudan dan RPR. Program anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS), Rakan Muda BPPMIS cawangan Miri dan Biro Keagamaan Masjid Darul Ehsan Piasau diadakan di bilik mesyuarat masjid. Penceramah terdiri daripada Cik Aminah Ismail, Pegawai Penyelidik BPPMIS, Cik Shamsiah Hj. Mahli, Jurulatih BPPMIS dan Drs. Amin Wahid Musleh, Biro Keagamaan Masjid Darul Ehsan Piasau. Dua sesi diadakan bagi memenuhi masa 2.00 hingga 5.30 petang hari itu. Sesi 1, diskusi tentang permasalahan sosial remaja disampaikan oleh Cik Aminah dan Cik Shamsiah. Peserta berpeluang memikirkan permasalahan sosial setenpat terutama di tempat kediaman masing-masing. Selepas rehat dan solat asar, sesi 2 merupakan ceramah motivasi remaja disampaikan oleh Drs. Amin Wahid Musleh. ALhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Rakan Muda BPPMIS Miri mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang hadir, AJK Rakan Muda-Samiri, Razizi, Ashaari, Amalina, Sylmie, AJK Msjid-Pak An, Abg . Man, Tn. Hj. Yarabi, En. Majidi, Drs. Amin dan yang terlibat secara tidak langsung-Kasmah, Mak Cik Salbiah dan ibu bapa yang memberi sokongan sepenuhnya kepada anak-anak untuk hadir.

Semoga pertemuan seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang. Kerjasama kalian hanya Allah dapat membalasnya..











1 comment:

Anonymous said...

Hebat.. Mantap.. :)