Wednesday, October 15, 2008

CATATAN AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua pelawat blog saya ini. Mungkin ada yang teringin untuk berkongsi kemeriahan, kesedihan dan kegembiraan menyambut syawal tahun ini di ruangan “comments” di bawah ini; amat di alu-alukan.

Kegembiraan pasti apabila semua beraya bersama kaum keluarga dan sanak saudara. Yang menariknya, tahun ini merupakan syawal kali ketiga saya menerima berita gembira apabila seorang lagi teman lama saya memeluk Islam. Alhamdulillah, kadangkala doa-doa kita untuk orang lain makbul. Hidup di negeri yang berbilang kaum ini cukup unik. Masih saya ingat di sekolah lama saya hanya ada tidak lebih sepuluh orang muslim dalam satu kelas, mungkin di sekolah lain kurang lagi daripada itu. Sehingga di tingkatan lima, jumlah itu hanya kurang sedikit sahaja.


Amalan dan pemahaman Islam perlu selari, namun apalah daya insan muda seperti kami ketika itu. Nah, dalam keadaan seperti ini, kami hanya ada ”akhlak” sebagai salah satu senjata untuk berdakwah. Bukankah akhlak adalah dakwah terbaik sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. Cuma mungkin keberkesanannya yang dipertikaikan, di mana ada orang yang menilai jika ramai yang memeluk Islam dalam kuantiti yang ramai dan masa yang singkat itulah yang terbaik, jika tidak metod berdakwah lain perlu di guna pakai. Selama kita masih menjaga waktu solat kita dan menunjukkan akhlak yang baik seperti apa yang di ajar dalam pendidikan moral sekalipun, tiada masalahnya. Akhlak berperanan seperti minyak wangi, apabila si pemakai berbau wangi, orang di sekelilingnya akan mengingati bau tersebut walapun sudah tidak bertemu bertahun lamanya. Begitulah yang berlaku jika muslim terus istiqamah berakhlak mulia kepada yang bukan muslim, insyaAllah Allah akan buka pintu hati mereka. Namun, usaha kita yang berakhlak mulia ini, hanya usaha yang terlalu kecil kerana hanya Allah jua yang menentukan keputusannya..

P/S : Di bawah ialah gambar kenangan teristimewa bersama teman-teman lama saya.

  1. Hari raya haji di Sg. Tangkas UKM
  2. Sambutan harijadi dan re-union
  3. Jejak kasih bersama Dyg. Nurhazwani & Keluarga
  4. Hari raya Aidilfitri






No comments: