Thursday, July 24, 2008

Sudah kering air mata ini

Meratapi kepayahan

Sudah kering air mata ini

Meratapi keperitan

Sudah kering air mata ini

Meratapi penyesalan

Sudah kering air mata ini

Meratapi kekalahan

Sudah kering air mata ini

Meratapi kekecewaan

Usah ditangisi lagi,

kerana

sudah kering air mata ini.

18.07.08

2 comments:

Siti said...

Teringat kata2 Prof Ismail, supervisor kmk,apa terjadi andai betul kering air mata.. Prof kaitkan dgn ayat terakhir Surah Al Mulk.. moga tabah Mar, mahalnya air mata itu ditumpahkan kerana Nya..
From Kota Samarahan with love.

Anonymous said...

Salam..

"Tak ternilai air mata dengan permata yang bisa memadamkan api neraka andai benar mengalir dari nasuha nurani...."

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..
Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya..
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuainya..
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan memohon kepada-Nya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya.."

Sabarlah sayang..hidup ini singgahan cuma..