Thursday, April 24, 2008

JANDA BAIK

Perjalanan yang dimulakan dengan ziarah ke rumah dua beradik; Syazwan dan Atiqah sesuatu yang bermakna. Mengenali ahli keluarga mereka sangat terkesan di hatiku. Layanan yang diberikan megningatkanku pada keluarga di rumah. Begitulah adab sopan bangsa Melayu, meraikan tetamu. Seterusnya. Kami menuju destinasi utama, Kem PTS Janda Baik. Memandu di lereng-lereng bukit buat pertama kali Alhamdulillah tidak menakutkan aku. Risaunya sebab membawa bakal ibu di sebelah. Kehadiranku disambut oleh kucing-kucing peliharaan Puan Ainon. Banyaknya..Itu perkataan pertama keluar dari mulut. Kebetulan sudah lama tidak bermanja dengan kucing. Teringat kisah ku dengan seekor kucing. Sewaktu kecil, aku memelihara seekor kucing. Sayangnya aku padanya bukan kepalang, ke mana saja ku pergi, ku bawa bersama, tidur dan makan bersama. Sekarang aku sudah lupa nama dan tempoh kami bersama. Malangnya, pada satu hari sehinggalah lebih kurang satu atau dua minggu, kelibatnya tidak kelihatan langsung. Risau bertamu. Akhirnya, kucingku dikhabarkan mati dijadikan lauk atau ada juga spekulasi mengatakan kucingku mati dilanggar insan tidak berhati perut.Sedih berhari-hari juga aku dibuatnya. Semenjak itu, aku tidak mahu lagi menjadikan kucing atau apa-apa haiwan sebagai peliharaan, takut kecewa lagi. Kucing mula menjadi haiwan peliharaan ketika aku mendapat adik bongsu lelaki. Dia sahaja selepas aku yang suka memelihara kucing. Banyaklah kucing di rumah. tapi sekarang, bilangan kucing-kucing sudah semakin berkurangan semenjak keluarga berpindah rumah. Biasalah, kucing pun adakalanya tidak biasa denagan tempat baru. Perbincangan serius dengan teman-teman sepanjang program Retreat ditemani kucing-kucing yang berkeliaran meringankan berat di jiwa. (Terima kasih kepada keluarga Atiqah, Hawa, Raudhah dan dua orang bakal ibu, Mun dan Kak Ita dan teman seperjuangan)



No comments: