Saturday, March 29, 2008

Petir menyambar lagi

Semalam petir menyambar lagi. ‘Black out’ dibuatnya. Menggelabah aku. Semua kerja ku tinggalkan. Mulanya ku kira tiada apa-apa, buat macam biasa je.tapi, sekali lagi petir
menyambar, aku lari keanak-anakkan ke dalam surau.

Entah siapa yang nampak ingkahku ketika itu, ah, ku biarkan ‘dia’ nak gelak atau apa, aku sudah tidak pedulikapa-apa ketika itu. Nasib ku baik kerana ada teman di dalam surau, pasti dia merasai ketakutanku kerana tangannya ku gengam seerat-eratnya.
Hampi-hampir menangis aku bila terfikirkan kalau-kalau tiada orang di surau.

Ketakutan saja yg menyelubungi seluruh jiwa ragaku. Uh, takutnya aku pada bunyi dan panahan sinar petir itu. Hanya DIA yang satu diingati, terkumat-kamit juga bibir mengucap dua tiga kalimahNya. Setiap kali petir saja, aku pasti terkenang kenangan sewaktu kecil. Aku dan adik-adik ku akan berselimut ;buat-buat tidur kerana takut sinar petir. Ibu dan ayah akan memastikan semua suis dimatikan. Ibu dan ayah lah yang berjaga malam, takut-takut kami terbangun kerana takut dan menangis mencari cahaya. Beberapa minggu lepas, ayah menelefon dan memaklumkan telefon rumah disambar petir. Wah, saat itu risau saja yng menghantui diri. Kasihankan adik-adik (yang sekarang semua dah besar panjang); terkenangkan saat berselimut ketika guruh dan kilat sabung menyabung berlaku. Kebimbangan juga kerana kawasan rumah yang asing bagiku itu terlalu lapang dan agak bahaya terutama apabila hujan lebat.

Guruh, kilat dan petir
Lumrah kejadian alam
Seperti juga kejadian ku di muka bumi
Kami sama Cuma beban yang dipikul berbeza
Tidak perlu dipersalahkan
Apatah lagi dipersoalkan
Kerana mereka sebahagian daripada kita
Hamba yang patuh pada pencipta

2 comments:

Anonymous said...

kawasan rumah lapang, tanam lah pokok buah buahan seperti rambutan, mangga, dokong, nangka, limau manis, jambu air, dan lain2 lagi

. said...

tanam azam jak la Mar...haha..nak tanam pokok-pokok? Mimpilah tanduk...jalan bertar yang Mar maksudkan and parking site..huhu,,