Friday, January 11, 2008



DI MANA DIA?

Kelmarin, akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.
Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya. Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju. Dalam kes Nur Fatihah, lelaki berkenaan dikatakan mengajak mangsa mencari kucing dan burung, sekali gus menguatkan dakwaan suspek mungkin lelaki sama dengan `lelaki kucing' yang mencabul dua kanak-kanak perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun lalu. Polis sebelum ini turut melihat kemungkinan kaitan kehilangan Sharlinie dengan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati kira-kira sebulan selepas dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan seorang lelaki, September lalu.

No comments: