Nafas baru tahun 2009 tercemar. Dicemari beberapa peristiwa. Baru dua bulan berlalu, namun satu persatu masalah timbul. Politik negara dalam situasi tegang, sehingga Sultan pun hendak di saman; sehingga mufti campur tangan memberi nasihat. Pejuang-pejuang bahasa pula sudah mengatur langkah untuk memberi 'nasihat lembut' kepada pihak berkenaan. Memang sudah tujuh tahun dasar PPSMI dilaksanakan, baru sekarang mahu berdemonstarsi dan sebagainya adalah kerana sudah 7 tahun mencurah air di keladi tidak juga ada penyelesaiannya. Jika rakyat sudah muak dengan taktik mana-mana parti pun, suatu masa ledakan perasaan 'menyampah' dan ledakan golongan yang celik berkesedaran akan menjadikan peristiwa 'luar biasa' politik negara berulang kembali, samada lebih dahsyat atau sebaliknya walaupun dengan sejuta jenis taktik yang dirancang. Kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang seperti tahun 1997 pula menyebabkan pengangguran meningkat, sedar atau tidak pengangguran memungkinan gejala sosial turut meningkat, nantikan saja dua tiga bulan lagi untuk melihat laporan-laporan semasa di media. Tidak kurang juga ancaman yang lebih besar dan utama yang harus menumpukan sepenuh kerjasama dan tenaga umat ialah ancaman terhadap agama Islam. Serangan terhadap institusi agama untuk menghilangkan sepenuhnya kepercayaan umat Islam terhadap para ulama bermula dengan isu-isu picisan yang digembar-gemburkan sehingga menampakkan kehebatan golongan liberal; pengkid, yoga; tidak semua masyarakat mengetahui apa itu islam liberl;ancaman dan kesannya secara menyeluruh. Penganjuran MUSAWAH dan Muktamar Wanita Islam pada tarikh yang sama minggu lepas memperlihatkan kesungguhan dua pihak yang sama-sama memperjuangkan Islam tetapi dalam fokus yang berbeza. Yang berbahaya itulah yang mendapat liputan manakala yang satu lagi belum memungkinkan membawa resolusi kukuh dan tegar untuk melawan pihak 'giant' yang satu lagi. Golongan liberal sudah menampakkan taringnya sehingga berjaya mendapatkan sokongan antarabangsa; sehingga umat Islam kabur dengan kebenaran. Jika disebut satu persatu, mana satu yang lebih utama akan di cari jalan penyelesaiannya?
Luahan rasa yang terpendam..
1 comment:
Ktk da g mktmr wanita Islam ya, mar?
Post a Comment