Thursday, February 26, 2009

MENYAYANGI RASULULLAH SAW


Saya terpanggil untuk menulis di blog kali ini selepas membaca majalah Anis di bawah tajuk 10 tip didik anak cintai Rasulullah s.a.w. Teringat ketika zaman persekolahan, saya yang masih kecil tidak mengenali peribadi Rasulullah s.a.w, sehinggalah di tingkatan 2 saya begitu menyayangi baginda apabila ustazah menceritakan tentang keperibadian salah seorang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saya sendiri bila teringat kembali kisah lama ini mula-mula hairan bagaimana saya boleh mencintai seseorang daripada keperibadian orang lain. Ajaibnya pengorbanan Saidina Abu Bakar ketika kisah penghijrahan ke kota Madinah, kisah ketika Saidina Abu Bakar rela menutup lubang haiwan berbisa yang akhirnya menyebabkan Saidina Abu Bakar menitiskan air mata menahan keperitan. Bayangkan sikap pengorbanan Saidina Abu Bakar, pastinya pengorbanan beliau adalah untuk sahabat sejatinya dan manusia agung pilihan Allah s.w.t. Pastinya manusia yang diselamatkan oleh Saidina Abu Bakar merupakan manusia yang cukup indah akhlaknya. Kisah ini telah menjadikan saya mempunyai prinsip dan budaya sentiasa menghormati kawan, sehingga pernah sikap kasar saya di buang semata-mata cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat barang sedikitpun kepada sesiapa saja yang bergelar manusia. Kisah ini juga menyedarkan saya supaya sentiasa berkorban untuk kawan yang juga sama-sama berkorban antara satu sama lain dalam susah dan senang. Saya sehingga kini sentiasa mencari metod terbaik bagaimana menjadi kawan yang terbaik untuk kawan-kawan saya yang terbaik. Maka saya tidak pernah berpuas hati terhadap sikap dan layanan saya kepada kawan-kawan saya. Namun, kesilapan tetap ada dan perkara ini lah yang cuba di minimumkan. Kerana saya mahu suatu tahap mencapai kecintaan kepada saudara sepertimana yang di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar kepada baginda s.a.w, sehingga sanggup menggadaikan nyawanya. Perkongsian cerita yang tidak seberapa ini membuatkan saya untuk mengajak ibu bapa mahupun guru supaya mengasuh anak-anak mencintai Rasulullah s.a.w. antara perkara yang boleh dilakukan ialah menghadiri majlis sambutan maulidurasul, mengadakan pengkisahan sirah Nabi atau menonton cerita-cerita dan lagu-lagu tentang Nabi s.a.w, sentiasa berselawat kepada baginda, dan menjadikan Rasulullah s.a.w contoh ikutan akhlak terpuji sepanjang masa. Semoga kita sama-sama membina anak-anak yang mencintai dan menyayangi baginda s.a.w.

Tuesday, February 24, 2009

WARDAH


YBhg. Datin /Dr./ Pn. / Sdri.

Semua WADAH/ HELWA / HEWI / Semua Staf Perempuan Sekretariat ABIM Pusat & Agensi ABIM

Jemputan Ke Program Jalinan Ukhuwwah WADAH-HELWA-HEWI (WARDAH)

Anjuran : WADAH / HELWA/ HEWI

Tempat : Kolej Dar al Hikmah, Sg. Ramal Dalam

Tarikh : 9 Mac 2009, 12 Rabiulawal 1430H (Isnin)

Masa : 11.00pg - 2.30 ptg ( Zohor bersama)

Tetamu Jemputan: Datin Dr Siti Zalikha Mohd Nor(Untuk Pengisian)

Tujuan utama : - Lebih kepada perjumpaan antara 3 Generasi

- Untuk merapatkan lagi barisan WADAH/ HELWA/ HEWI & staf agensi

** Sumbangan juadah amat dialu-alukan (Potluck Pagi & Tengahari) bagi meringankan pihak penganjur

Kami bagi pihak penganjur:-

PN. NORASMAWATI SAAD ~ 016-313 4273,

PN. ADIBAH AHMAD ~ 013-806 6021,

SDRI. AZMIZA - 019 951 4389,

SDRI. MARIATI - 016 854 9012

Mudah-mudahan diberi kelapangan untuk sama-sama kita berjumpa di hari tersebut.

KEM LATIHAN & KEPIMPINAN MAHASISWI UNGGUL (KAMUS09)

Barisan peserta.
Pandangan di puncak gunung Datuk.
Sudah ku tawan puncak.
Bersama Dr. Hasnah.
Urusetia muslimin yang setia membantu.

Tahniah dan terima kasih kepada semua urusetia, penceramah dan peserta yang melibatkan diri dengan KAMUS kali ini. Semoga segala pengisian memberi manfaat sebaiknya kepada semua yang hadir. Mohon maaf kepada semua yang terlibat atas kekurangan. Berikut di atas adalah gambar kenangan..

AKTA GANGGUAN SEKSUAL DIWUJUD

Pelaksanaan tangani gangguan terhadap wanita

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita, termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-satunya garis panduan yang digunakan kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini semalam.


Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu sesuatu sangat serius dan kesalahannya diperuntukkan mengikut Kanun Keseksaan.


Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu privasi dalam kehidupan. Cadangan akta itu akan dilihat dan dibincangkan lebih lanjut," katanya.

Beliau juga berkata bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut untuk membawa kes kepada pihak berkuasa.


Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27 kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata berdasarkan statistik, punca kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi serta 36 kes dalam perebutan anak. � Bernama


Tuesday, February 17, 2009

NAFAS BARU YANG TERCEMAR

Nafas baru tahun 2009 tercemar. Dicemari beberapa peristiwa. Baru dua bulan berlalu, namun satu persatu masalah timbul. Politik negara dalam situasi tegang, sehingga Sultan pun hendak di saman; sehingga mufti campur tangan memberi nasihat. Pejuang-pejuang bahasa pula sudah mengatur langkah untuk memberi 'nasihat lembut' kepada pihak berkenaan. Memang sudah tujuh tahun dasar PPSMI dilaksanakan, baru sekarang mahu berdemonstarsi dan sebagainya adalah kerana sudah 7 tahun mencurah air di keladi tidak juga ada penyelesaiannya. Jika rakyat sudah muak dengan taktik mana-mana parti pun, suatu masa ledakan perasaan 'menyampah' dan ledakan golongan yang celik berkesedaran akan menjadikan peristiwa 'luar biasa' politik negara berulang kembali, samada lebih dahsyat atau sebaliknya walaupun dengan sejuta jenis taktik yang dirancang. Kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang seperti tahun 1997 pula menyebabkan pengangguran meningkat, sedar atau tidak pengangguran memungkinan gejala sosial turut meningkat, nantikan saja dua tiga bulan lagi untuk melihat laporan-laporan semasa di media. Tidak kurang juga ancaman yang lebih besar dan utama yang harus menumpukan sepenuh kerjasama dan tenaga umat ialah ancaman terhadap agama Islam. Serangan terhadap institusi agama untuk menghilangkan sepenuhnya kepercayaan umat Islam terhadap para ulama bermula dengan isu-isu picisan yang digembar-gemburkan sehingga menampakkan kehebatan golongan liberal; pengkid, yoga; tidak semua masyarakat mengetahui apa itu islam liberl;ancaman dan kesannya secara menyeluruh. Penganjuran MUSAWAH dan Muktamar Wanita Islam pada tarikh yang sama minggu lepas memperlihatkan kesungguhan dua pihak yang sama-sama memperjuangkan Islam tetapi dalam fokus yang berbeza. Yang berbahaya itulah yang mendapat liputan manakala yang satu lagi belum memungkinkan membawa resolusi kukuh dan tegar untuk melawan pihak 'giant' yang satu lagi. Golongan liberal sudah menampakkan taringnya sehingga berjaya mendapatkan sokongan antarabangsa; sehingga umat Islam kabur dengan kebenaran. Jika disebut satu persatu, mana satu yang lebih utama akan di cari jalan penyelesaiannya?


Luahan rasa yang terpendam..