Thursday, June 19, 2008

Jimat Penggunaan Minyak Petrol Kereta

Artikel ini di Internet
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/jimat-penggunaan-minyak-kereta.html
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Harga minyak sentiasa naik. Malah dalam keadaan sekarang harga minyak
tidak mudah untuk turun.

Kereta, motor dan kenderaan lain kini merupakan satu keperluan.
Perbelanjaan minyak merupakan sebahagian besar dalam bajet individu.
Bila harga minyak naik ai akan membebankan pengguna. Berikut merupakan
petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau
tidak adalah bergantung pada individu.

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi
minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel.
Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana
setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol
bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan
pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol
lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis
jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada.
Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak
minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh
enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh
kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi.
Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih
cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak
terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda
mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju
kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula
menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan
menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang
diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada
jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan
untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis
petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada
model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa
tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar
yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Kerata sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju
boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak
minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui
gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau
malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan
biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas
sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta
perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan
minyak digunakan.

Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan
petrol kenderaan anda.

5 comments:

SyahiranMuhd said...

Kak ni blog br sy : http://diary5487.blogspot.com

blog http://badrulhaq.blogspot.com sy akn jd kan blog isu2 semasa & ummah

-syahiran

Anonymous said...

Salam syahiran,

Akak sokong sepenuhnya usahamu.
Moga diberkati Allah hendaknya.

Kak Mar

Anonymous said...

Salam

Tips yang menarik.Terimakasih

sufrina said...

cne pegi shout box kitak? maaf kmk x update brita kmk. Kurang juak masa dpt online tok. InsyaAllah..jumpa di KBS III di Kem Raudhah Gombak. 18-20 July. sebar2kan...

Anonymous said...

salam comel,

kmk nang xda shoutbox..he3
komitmen kmk d tamrin nisa.
mun sempat insyaAllah
smg dpmdhkn sgl urusan kita.

kak mar