Tuesday, April 29, 2008

AKU SEBUAH..

Setiap hari aku melihat pelbagai karenah manusia. Ada yang datang dan ada juga yang pergi. Gembira apabila melihat manusia masih mahu menemui TuhanNya. Sedih pula apabila manusia hanya singgah untuk berehat tanpa segan silu meninggalkan tanggungjawab padaNya. Suatu hari, seorang gadis menjadi tetamuku. Dia selalu menziarahi aku selepas itu. Aku suka pada sikapnya yang tidak menunjuk-nunjuk, sentiasa mahu beribadah. Dia suka bercerita dan meluahkan perasaannya. Dia tidak menyedari bahawa aku memerhatikannya. Setiap kali menemui Tuhan, dia akan menyendiri tatkala yang lain sibuk pada dunia. Dia akan merintih dan menangis semahunya pada Tuhannya. Adakala aku juga sedih mendengar rintihannya. Begitulah hampir setiap minggu. Aku berasa bersalah padanya kerana tidak mampu membelainya. Aku yakin dia mahukan belaian kasih sayang. Tidak pernah aku mendengar dia mengeluh mahupun merungut pada teman-temannya. Suatu hari Allah datangkan seorang teman baik untuknya. Pada saat itu, dia sudah tidak tahan lagi, mahu juga dia menumpahkan air matanya di depan temannya itu. Dia meluahkan perasaannya pada temannya. Begitu aku terharu melihat belaian kasih sayang dua orang sahabat ini. Semoga Allah memberkati mereka dan mempermudahkan urusan mereka. Begitulah rutin harianku, menjadi tempat persinggahan manusia menemui Tuhannya.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..semoga anti sihat senantiasa.. bagus kisah anti ni ya. hebat juga mengarang ya..mabruk!