Wednesday, March 26, 2008

AWAS

Saya masih ingat ketika kecil, kami selalu ditakut-takutkan dengan bahaya pengganas komunis. Jangan masuk ke hutan, nanti berjumpa dengan komunis. Saya masih ingat perintah berkurung masih dikenakan di kampung saya di Sungai Siput hingga awal tahun 80-an. Sungai Siput terkenal sebagai kawasan hitam apabila pekerja sebuah estet berketurunan Inggeris dibunuh oleh penggnas komunis, lalu Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu.

http://jiwarasa.blogspot.com/2005/07/memoir-shamsiah-fakeh.html

Bimbang jika buku ini diharamkan oleh KDN, adalah diseru supaya dapatkan segera dengan membeli (RM30) atau pinjam kepada sesiapa yang memilikinya. Banyak persoalan yang perlu diperbincangkan dan jawapannya perlu dicari segera. Tapi apa yang penting kita akan kenal Siapa UMNO sebenarnya?

http://syukran.wordpress.com/2007/12/19/memoir-shamsiah-fakeh/


ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh




No comments: