Thursday, March 6, 2008

BUKU

Siti Fatimah Mukhtar, pelajar Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu, lulus 18A (dengan 17 A1) dalam SPM 2006. Dia pelajar terbaik SPM 2006. Menteri Pelajaran tak buat pengumuman itu (seperti yang selalu dibuat tahun-tahun sebelumnya). Sebab apa? Sebab Siti Fatimah bukan pelajar sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Dia pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam kelantan (YIK).

Kempen menutup Aurat bermula dengan pihak Kerajaan Negeri mengeluarkan Surat Pekeliling mengarahkan kakitangannya berpakaian menutup aurat, sejak akhir 1990 lagi. Sejak itu, banyaklah program dibuat, terus-menerus dari sekarang. Di Kelantan, pihak pengiklan terpaksa membuat iklan edisi khas sekiranya mereka mahu mengiklankan produk mereka. Semua iklan dari pihak luar disyaratkan menutup aurat. Iklan yang memperalatkan wanita tidak dibenarkan.

Dipetik dari:
100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia
Dinsman
Penerbitan Pikir

No comments: