Monday, January 28, 2008

MENGAPA SAYA BERTUDUNG ?


MENGAPA SAYA BERTUDUNG 1?

‘Pakailah tudung, Wajib hukumnya’, ibu mengomel lagi. Penat gegendang telinga mendengar leteran ibu setiap hari. Aku tau ibu ber’title’ ustazah di sekolahnya, namun aku bukan anak muridnya di sekolah agama itu. Aku anaknya dan dia tiada hak untuk meleteriku sepertimana dia meleteri anak muridnya.

Sudah cukup bosan dengan leteran ibu, aku bosan pula dengan leteran teman lelakiku yang asyik mahu aku mengenakan tudung. Akhirnya, kerana tudunglah dia meninggalkanku. Akibat sedih dan kecewa dengan tindakan teman lelakiku itu, aku membawa diri mengerjakan umrah. Di sana, aku menghadap DIA yang maha satu. Selama disana, aku sepenuh masa mengenakan tudung di kepala. Selepas menghilangkan ke’tension’an di hati, kembali ke Malaysia membuatku rimas tanpa tudung di kepala. Dan perlahan-lahan minat ku untuk terus memakai tudung melekat di hati.

Pekerjaanku sebagai pelakon rupa-rupanya membuka mata ku terhadap pandangan pihak lain terhadap wanita Islam yang bertudung. Sekembali dari umrah dengan imej baru, aku ditolak oleh pengarah untuk meneruskan kontrak lakonan. Alasannya, kalau aku bertudung, hilanglah ke’seksi’belanku dalam lakonan. Waktu itu, hanya Tuhan yang tau kekecewaanku terhadap pihak-pihak yang memandang serong terhadap perempuan yang bertudung. Walaupun mendapat tentangan pada mulanya, alhamdulillah aku tetap dengan pendirianku.

Suatu hari, sebuah syarikat periklanan berhajat mengambilku menjadi model iklan syampu mereka. Aku bersetuju. Sepanjang pengambaran iklan, ada saja beberapa orang non-muslim dan krew pengambaran mahu aku mempamerkan rambutku. Namun aku berkeras bahawa aku tidak akan menunjukkan sehelai pun rambutku. Akhirnya iklan tersebut di tayangkan dan mendapat pelbagai reaksi penonton dan dunia periklanan. Tanpa disangka-sangka, jualan syampu meningkat dua hingga tiga kali ganda di rantau Asia, dan yang menakjubkan ialah iklan syampu tersebut merupakan satu-satunya iklan syampu rambut yang tidak menunjukan sehelai pun rambut.

Dan dari situ, datanglah rezeki melimpah ruah untuk aku meneruskan minat dan bakat dalam bidang pengacaraan. Alhamdulillah.

MENGAPA SAYA BERTUDUNG 2?

Pada mulanya, saya berkenalan dengan beberapa teman yang membawa saya melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan terutama di pusat pemulihan penagih dadah. Peristiwa saya dibawa teman-teman ke sebuah kampung di pedalaman amat terkesan di hati. Sepanjang berada di kampung tersebut, saya dipesan supaya mengenakan penutup kepala; maka selendanglah pilihan saya. Mereka tidak pernah bertanya mengapa tak pakai tudung atau kita sebagai muslim wajib pakai tudung. Arahan mereka mudah saja, kena pakai penutup kepala. Sebulan di sana dan sekembalinya ke bandar, saya rasa rimas tanpa apa-apa di kepala. Akhirnya, niat untuk bertudung tergerak di hati saya. Pada mulanya, saya menanyakan pendapat suami tercinta. Kami sama-sama berkecimpung dalam bidang seni. Kata-katanya ringkas namun amat terkesan di hati saya; kalau nak pakai tudung pakailah, tapi kena ingat bahawa tudung bukannya fesyen dan boleh ‘on-off’ sesuka hati.
Akhirnya, saya nekad untuk terus bertudung dan menutup rambut dan kepala sepenuhnya. Hari yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya menemui anak-anak saya di suatu pagi ketika sarapan dan menunjukkan tudung serta menyatakan hasrat saya untuk terus bertudung. Salah seorang anak saya meluru ke tandas selepas mendengar kata-kata saya; saya agak terkejut dengan tindakannya, namun selepas itu saya mendapati dia terlalu terharu sehingga menitiskan air mata kerana selama ini dia sangat mengharapkan ibunya memakai tudung.

2 comments:

Munirah Bahari said...

Mariati...
Satu jalan cerita yg menarik...aku tg episod ni tamat baru publish di blog hewi. Walaupun akak tahu penamatnya..:)

Munirah Bahari said...

Maaf mar...silap tekan...akak tunggu utk penamatnya.boleh publish d blog hewi