Thursday, January 31, 2008
(01 FEBRUARI)
Apabila usia bertambah
Bertambahlah tanggungjawab
Pada diri
Pada keluarga
Pada agama
Pada negara
Pada bangsa
Apabila usia bertambah
Jauhkanlah kekufuran
Jauhkan dari maksiat
Jauhkan dari dosa
Jauhkan dari kelalaian
Jauhkan dari kesesatan
Apabila usia bertambah
dekatlah jarak ke sana
Dekat dengan tua
Dekat dengan amalan
Dekat dengan pengalaman
Dekat dengan kematian
Bertambahnya tanggungjawab, dekatnya jarak dan jauhnya kekufuran moga menjadi panduan bagi usia yang menngkat ini.
Wednesday, January 30, 2008
SUARA SOLEHA
Lirik : Habsah Hassan
Penyanyi : Mawaddah
Satu suara tanda muafakat
Membawa berkat dunia akhirat
Berbentengkan iman dan keyakinan
Jutaan cabaran bukan halangan
Chorus :
Berhijab di mana jua
Maruah dipelihara
Jati diri tersendiri
Dihormati juga menghormati
Demi Tuhan yang maha esa
Perintah dipatuhi penuh redha
Keperibadian wanita soleha
Sekali pandang nyata terserlah
Suara soleha..
Monday, January 28, 2008
MENGAPA SAYA BERTUDUNG ?
‘Pakailah tudung, Wajib hukumnya’, ibu mengomel lagi. Penat gegendang telinga mendengar leteran ibu setiap hari. Aku tau ibu ber’title’ ustazah di sekolahnya, namun aku bukan anak muridnya di sekolah agama itu. Aku anaknya dan dia tiada hak untuk meleteriku sepertimana dia meleteri anak muridnya.
Sudah cukup bosan dengan leteran ibu, aku bosan pula dengan leteran teman lelakiku yang asyik mahu aku mengenakan tudung. Akhirnya, kerana tudunglah dia meninggalkanku. Akibat sedih dan kecewa dengan tindakan teman lelakiku itu, aku membawa diri mengerjakan umrah. Di sana, aku menghadap DIA yang maha satu. Selama disana, aku sepenuh masa mengenakan tudung di kepala. Selepas menghilangkan ke’tension’an di hati, kembali ke Malaysia membuatku rimas tanpa tudung di kepala. Dan perlahan-lahan minat ku untuk terus memakai tudung melekat di hati.
Pekerjaanku sebagai pelakon rupa-rupanya membuka mata ku terhadap pandangan pihak lain terhadap wanita Islam yang bertudung. Sekembali dari umrah dengan imej baru, aku ditolak oleh pengarah untuk meneruskan kontrak lakonan. Alasannya, kalau aku bertudung, hilanglah ke’seksi’belanku dalam lakonan. Waktu itu, hanya Tuhan yang tau kekecewaanku terhadap pihak-pihak yang memandang serong terhadap perempuan yang bertudung. Walaupun mendapat tentangan pada mulanya, alhamdulillah aku tetap dengan pendirianku.
Suatu hari, sebuah syarikat periklanan berhajat mengambilku menjadi model iklan syampu mereka. Aku bersetuju. Sepanjang pengambaran iklan, ada saja beberapa orang non-muslim dan krew pengambaran mahu aku mempamerkan rambutku. Namun aku berkeras bahawa aku tidak akan menunjukkan sehelai pun rambutku. Akhirnya iklan tersebut di tayangkan dan mendapat pelbagai reaksi penonton dan dunia periklanan. Tanpa disangka-sangka, jualan syampu meningkat dua hingga tiga kali ganda di rantau Asia, dan yang menakjubkan ialah iklan syampu tersebut merupakan satu-satunya iklan syampu rambut yang tidak menunjukan sehelai pun rambut.
Dan dari situ, datanglah rezeki melimpah ruah untuk aku meneruskan minat dan bakat dalam bidang pengacaraan. Alhamdulillah.
MENGAPA SAYA BERTUDUNG 2?
Pada mulanya, saya berkenalan dengan beberapa teman yang membawa saya melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan terutama di pusat pemulihan penagih dadah. Peristiwa saya dibawa teman-teman ke sebuah kampung di pedalaman amat terkesan di hati. Sepanjang berada di kampung tersebut, saya dipesan supaya mengenakan penutup kepala; maka selendanglah pilihan saya. Mereka tidak pernah bertanya mengapa tak pakai tudung atau kita sebagai muslim wajib pakai tudung. Arahan mereka mudah saja, kena pakai penutup kepala. Sebulan di sana dan sekembalinya ke bandar, saya rasa rimas tanpa apa-apa di kepala. Akhirnya, niat untuk bertudung tergerak di hati saya. Pada mulanya, saya menanyakan pendapat suami tercinta. Kami sama-sama berkecimpung dalam bidang seni. Kata-katanya ringkas namun amat terkesan di hati saya; kalau nak pakai tudung pakailah, tapi kena ingat bahawa tudung bukannya fesyen dan boleh ‘on-off’ sesuka hati.
Akhirnya, saya nekad untuk terus bertudung dan menutup rambut dan kepala sepenuhnya. Hari yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya menemui anak-anak saya di suatu pagi ketika sarapan dan menunjukkan tudung serta menyatakan hasrat saya untuk terus bertudung. Salah seorang anak saya meluru ke tandas selepas mendengar kata-kata saya; saya agak terkejut dengan tindakannya, namun selepas itu saya mendapati dia terlalu terharu sehingga menitiskan air mata kerana selama ini dia sangat mengharapkan ibunya memakai tudung.
I am a Muslim woman
by Jenn Zaghloul
I am a Muslim woman
Feel free to ask me why
When I walk,
I walk with dignity
When I speak
I do not lie
I am a Muslim woman
Not all of me you'll see
But what you should appreciate
Is that the choice I make is free
I'm not plagued with depression
I'm neither cheated nor abused
I don't envy other women
And I'm certainly not confused
Note, I speak perfect English
Et un petit peu de Francais aussi
I'm majoring in Linguistics
So you need not speak slowly
I run my own small business
Every cent I earn is mine
I drive my Chevy to school & work
And no, that's not a crime!
You often stare as I walk by
You don't understand my veil
But peace and power I have found
As I am equal to any male!
I am a Muslim woman
So please don't pity me
For God has guided me to truth
And now I'm finally free!
(c)1999 Jenn Zaghloul
Wednesday, January 23, 2008
TERIMA KASIH
1+19=20
Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar, berkat kuasa Allah jua. Program yang dirancang ABIM, PKPIM dan GPTD yang bertindih hujung minggu lepas (19-20 Januari 2008) mengajar erti ukhuwah. Walaupun masing-masing sibuk mengendalikan program namun kebersamaan dapat dirasai. Makan dan tidur bersama terutama di kalangan muslimat. Sehingga Baitun Nisa’ PKPIM yang sebelum ini hanya dihuni seorang menjadi 20 orang minggu lepas. Dari penjuru bilik sehinggalah ke penjuru dapur. Kasihan melihat teman2 PKPIM dan GPTD terpaksa berhimpit untuk menikmati tidur namun kenangan seperti itulah yang menjadi kenangan manis. Maaf kepada teman-teman di atas segala kekurangan kemudahan mahupun layanan (akibat kesibukan masing-masing). Semoga ukhuwah berkekalan. Bagi yang belum berkesempatan menziarahi Baitun Nisa’, dijemput datang beramai-ramai.
(BAITUN NISA’-Sebuah rumah penempatan muslimat PKPIM yang datang dari jauh mahupun dekat untuk sama-sama beraktiviti setiap kali program PKPIM dijalankan. Baitun Nisa’ mengalu-alukan kedatangan teman muslimat dan sebarang sumbangan berbentuk material mahupun wang ringgit adalah digalakkan.)
Monday, January 21, 2008
Tamu Selasa: Sepakat elak budak mangsa jenayah
Oleh Jami'ah Shukri
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Meme Zainal Rashid JKM komited bendung penularan kes dengan sistem pengembangan sosial SEJAK kebelakangan ini isu kehilangan kanak-kanak serta jenayah seksual membabitkan golongan berkenaan semakin meningkat. Bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melihat senario itu?
JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan fokus yang amat serius terhadap kes membabitkan kanak-kanak untuk memastikan kebajikan, penjagaan dan keselamatan mereka terjamin. Bagi kes kehilangan kanak-kanak serta jenayah seksual yang berlaku sejak kebelakangan ini, ia menimbulkan kebimbangan kerana seolah-olah memberi gambaran bahawa Malaysia sebagai negara yang tidak selamat bagi kanak-kanak. Mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak, hak perlindungan dan keselamatan terhadap golongan itu diberi keutamaan dan perlu dijamin. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil berat isu ini dan berusaha menanganinya. Saya ingin tegaskan di sini, usaha menangani isu itu bukan saja terletak pada bahu kementerian atau JKM, malah memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak, termasuk agensi kerajaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelajaran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Daripada aspek komuniti masyarakat, isu ini seharusnya membuka mata mereka terhadap keperluan untuk sama-sama membantu menjaga keselamatan kanak-kanak dan tidak perlu dipandang sebagai isu remeh. Berdasarkan laporan dan pemerhatian JKM, apakah kesilapan sehingga kejadian ini seakan tidak dapat dibendung, sekali gus menimbulkan kerisauan pelbagai lapisan masyarakat? Isu ini sebenarnya berkaitan dengan suasana persekitaran sosial yang sudah berubah secara keseluruhan di negara ini. Perkembangan sosioekonomi yang pesat, proses globalisasi, teknologi maklumat, internet dan pengaruh negatif lain memberikan kesan serta mempengaruhi kejadian berkenaan hingga boleh mencapai tahap membimbangkan. Keadaan itu pula ditambah dengan tekanan dalam institusi kekeluargaan yang semakin sibuk dengan tugas seharian untuk mencari nafkah. Masyarakat juga berasa diri lebih sofiskated dan bersikap individualistik. Jika kita lihat fenomena kehilangan kanak-kanak, ia berlaku di kawasan bandar, bukan di luar bandar. Ia sedikit sebanyak mempamerkan persekitaran sosial yang sudah semakin berubah. Masyarakat bandar lebih menghadapi pelbagai masalah. Tekanan hidup di bandar menyumbang perkara itu berlaku serta suasana tempat tinggal sendiri.
Bagi kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak, perkara paling ketara adalah keadaan masyarakat sekarang sudah jauh berubah jika dibanding dengan zaman dulu. Dulu, masyarakat lebih mengambil berat terhadap suasana persekitaran dan mempunyai semangat kejiranan yang menebal pada diri masing-masing. Sesama jiran saling tegur menegur, lihat anak jiran mereka tegur. Berlainan sekarang, suasana itu semakin kurang. Sikap ingin mengambil tahu mengenai jiran tidak diterapkan. Mereka mengambil tahu hal sendiri, malah jika ada yang ingin mengambil tahu hal jiran akan dimarahi atau akan dituduh sebagai menjaga tepi kain orang. Kemasukan pekerja asing serta pengaruh internet serta bahan lucah turut memberi sumbangan dan kesan kepada fenomena ini. Malah institusi keluarga kini semakin longgar, dulu ada nenek boleh menjaga anak.
Kerajaan merancang untuk membina lebih banyak Pusat Aktiviti Kanak-Kanak menjadi tempat transit anak selepas waktu sekolah bagi memberikan kemudahan kepada ibu bapa bekerja. Anak boleh ditempatkan di pusat itu kerana lebih terjamin dari segi keselamatan sementara menunggu ibu bapa mereka pulang bekerja. Ketika ini, sebanyak 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di kawasan berisiko tinggi seperti anak terjebak dengan perlakuan tidak sihat atau gejala sosial. Oleh itu, kami akan perluaskan pembinaan di kawasan lain. Pusat ini menyediakan pelbagai aktiviti, termasuk kelas tuisyen dan bimbingan lain serta menghabiskan kerja sekolah. Pada asalnya pusat ini ditubuhkan di kawasan berisiko tinggi, selain ibu bapa yang mempunyai ramai anak, miskin dan anak tidak terjaga. Tujuan pusat aktiviti ini juga untuk mengelak anak terbiar tanpa kawalan, terbabit dalam kes penderaan dan pengabaian. Selain itu, JKM turut menyediakan program untuk ibu bapa dengan memberikan kaunseling seperti bagaimana menghadapi tekanan kehidupan di bandar dan apakah bantuan diberikan. Skop operasi dan pendekatan diwujudkan mengikut keadaan persekitaran kawasan penempatan. Sekurang-kurangnya setiap daerah akan ditubuhkan Pusat Aktiviti berdasarkan kepada keperluan di kawasan berkenaan. Kami akan memantapkan serta menambah baik aktiviti sedia ada. Apakah program dirangka untuk memperkasa perkembangan dan pembangunan kanak-kanak bagi mendidik serta memberi pendedahan supaya mengetahui niat seseorang yang ingin melakukan kejahatan bagi membolehkan mereka mampu bertindak? Kami memang ada menyediakan program untuk memperkasakan pembangunan dan perkembangan kanak-kanak menerusi pendedahan dan mengenali situasi yang boleh mengancam keselamatan diri. Kanak-kanak diajar bagaimana untuk bercakap 'tidak' kepada orang asing, tidak mengikut mana-mana orang yang tidak dikenali. Juga didedahkan bentuk sentuhan yang dikira tidak selamat kepada mereka. Banyak juga NGO sudah ada program dengan sekolah untuk menjaga keselamatan diri. Berikutan itu, JKM akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menyediakan modul mengenai keselamatan diri kepada kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak dan di sekolah rendah. Guru boleh mengajar kanak-kanak di sekolah rendah cara untuk menyelamatkan diri sekiranya diancam keselamatannya. Kita lihat ada kanak-kanak yang mudah mengikut cakap atau mengikut seseorang yang tidak dikenali. Oleh itu, dengan ada program ini, ia dapat mengelak serta menangani isu kehilangan kanak-kanak. Kerajaan menyediakan Talian Nur 15999. Setakat ini sejauh mana maklum balas dan keberkesanan talian itu dalam menangani isu berkaitan? Talian Nur diwujudkan untuk memudah orang ramai membuat sebarang aduan termasuk berkaitan kanak-kanak, selain orang tua dan golongan wanita. Dilancarkan 5 Disember lalu berikutan kes Nurin Jazlin Jazimin. Sejak dilancar hingga 16 Januari lalu, sebanyak 25,102 panggilan diterima, tetapi kebanyakannya (21,040 panggilan) adalah palsu. Secara keseluruhannya, 2,032 panggilan saja yang perlu untuk diambil tindakan oleh JKM. Antaranya kes berkaitan penderaan kanak-kanak sebanyak 198; kaunseling (425); orang kurang upaya (194); mengenai bantuan kebajikan (768); keganasan rumah tangga dan pengemis (434) dan panggilan mengenai pusat jagaan Taska (10) dan mengenai komuniti (3). Mengikut peraturan, setiap aduan, terutama berkaitan penderaan terhadap kanak-kanak, tindakan akan diambil serta-merta dan jika didapati ada unsur penderaan, kami akan membawa ke hospital. Kesedaran orang ramai terhadap kes penderaan dilihat semakin meningkat. Ada jiran membuat aduan dan dengan wujud Talian Nur, ia menjadi satu saluran terbaik untuk orang ramai membuat aduan. Bagaimanapun, bagi kes kehilangan kanak-kanak, orang ramai atau penjaga biasanya akan membuat aduan terus kepada polis. Kami juga akan menyediakan talian khusus untuk kanak-kanak, iaitu kanak-kanak sendiri yang membuat aduan dan mendapatkan bantuan daripada JKM sekiranya keselamatan diri diancam termasuk didera ibu bapa atau penjaga bagi mendapatkan pertolongan daripada JKM. Talian khas kanak-kanak itu sudah diwujudkan di negara Barat.
Wednesday, January 16, 2008
'Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT
Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). “Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya. “Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja. Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat. Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan. Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air. “Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. “Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja. Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja. “Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya. Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus. Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi. Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT. Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura. Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media. Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.
Friday, January 11, 2008
DI MANA DIA?
Kelmarin, akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.
Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya. Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju. Dalam kes Nur Fatihah, lelaki berkenaan dikatakan mengajak mangsa mencari kucing dan burung, sekali gus menguatkan dakwaan suspek mungkin lelaki sama dengan `lelaki kucing' yang mencabul dua kanak-kanak perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun lalu. Polis sebelum ini turut melihat kemungkinan kaitan kehilangan Sharlinie dengan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati kira-kira sebulan selepas dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan seorang lelaki, September lalu.
Thursday, January 10, 2008
Suatu saat nanti aku di mana
Di sini atau entah di mana-mana
Saat aku di mana-mana itu
Jadi apa aku
Jadi keliru dengan aku
Atau sudah menjadi sebenar-benarnya aku
Ke mana pula sebenar-benarnya aku
Selepas menjadi aku
Tersungkur atau terus hilang
Yang pasti
Bila aku sudah menjadi aku
DIA tentu tahu siapa aku