Tuesday, November 24, 2009

CUTI SEKOLAH

Beberapa hari ini, aku lihat ramai kanak-kanak berkeliaran di tamu E-mart. Oh, rupanya, Jumaat lepas bermulanya cuti sekolah. Pelajar lain yang berbaju seragam sekolah rupanya mereka yang sedang mengambil peperiksaaan SPM dan STPM. Apalah yang kanak-kanak kecil tau, masa lapang je main, kalu main je masa lapang lah tu. Kalau tak main kejar-kejar, main masak-masak selain rutin biasa makan dan kemudian tidur kepenatan. Ah, budak-budak kan. Tapi, bagi mereka yang berusia 15 tahun terutama lepasan PMR, rasa-rasanya apa yang akan mereka lakukan selesai saja peperiksaan PMR tempoh hari? Ada beberapa orang yang baru ku kenali nampaknya bekerja separuh masa (part time) di situ. Sekurang-kurangnya ucapan tahniah dariku kerana mereka tidak mensia-siakan masa cuti yang ada.

Kerisauan bertandang kerana nampaknya usia mereka belum tentu menunjukkan kematangan mereka, kadang kala kematangan perlu seiring dengan pengalaman. Adakah didikan ibu bapa dan pengaruh kawan-kawan mempengaruhi kematangan mereka? Risau lagi dengan adik-adik yang ramai di luar sana, jika yang masih mentah apalah yang mereka akan lakukan di rumah atau mungkin gejala lepak melepak bertambah lagi. Mungkin adik-adik atau sesiapa saja mahu berkongsi cara-cara mengisi masa lapang terutama di musim cuti persekolahan selain menceritakan pengalaman masing-masing mengisi masa cuti sekolah . Mana tau kita sama-sama dapat manfaat daripada cerita pengalaman masing-masing nanti.

Mengingat kembali pengalaman saya menghabiskan musim cuti sekolah; Memori paling diingati ialah pengalaman berkerja part-time pertama kali di Melody Music Centre (masa ni kecik lagi, jadi apa-apa kerja pun amik je la) di Imperial Mall Miri selepas menamatkan peperiksaan PMR Jadi, sales girl lah istilahnya. Mula kerja 9.00 pagi sampai 10.00 malam setiap hari. Masa ni saya belajar bahasa Cina secara tak rasmi kerana pelanggan ramai daripada kaum Cina. Sehinggakan lagu-lagu penyanyi Chinese pun saya tau dan kenal penyanyinya. Pengetahuan ni sedikit sebanyak membantu saya memulakan topik perbualan dengan mana-mana orang Cina yang baru dikenali terutamanya di kalangan remaja (remaja kan suka muzik). Tapi, sekarang tak ingat sangat. Tauke (majikan) saya sangat baik, malam selepas kerja dihantar balik, tahun baru Cina dapat sekotak limau mandarin (sampai sekarang setiap kali tahun baru Cina saya cari limau mandarin), hari lain saya tak makan. Tauke baik sangat sampaikan selepas habis cuti sekolah dia minta kerja setiap kali ada cuti semester di kedainya walaupun masa tu saya dah masuk tingkatan 4. Rezeki tak payah ditolak. Sampai tahun lepas, setiap tahun saya akan hantar kek setiap kali hari raya ke kedainya. Tapi tahun ni tak dapat lagi buat rutin yang sama sebab tauke tu dah tak dapat dihubungi lagi dan kedainya pun dah takde lagi kat tempat biasa. =(

Selepas habis SPM, kena pulak tolong kawan baik Ayah di restoran. Semua kerja saya buat mas atu sebab restoran baru je buka dan tengah cari pekerja. Masa tu la saya merasa jadi pencuci pinggan, cashier, waitress dan kerja potong-memotong di dapur, cuma masak je lah yang tak pernah di cuba lagi setakat ni. Cuti sekolah je memang kene bantu kat restoran tu, sampai kali terakhir di situ ialah sebelum saya dapat tawaran ke UKM Bangi.

Ingatkan berhenti setakat tu, dah saya ni suka sangat mencuba dan bantu orang, maka saya pernah lah jadi penjual pakaian. Jual-menjual barang masa tahun 2 di UKM. Tu la kali terakhir merasa kerja ber majikan semata-mata untuk mengisi masa cuti dan cari duit poket lebih.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan terkesan di jiwa ialah apabila Cikgu lama di sekolah memandang rendah kepada saya (walhal ketika itu dia tidak mengetahui bahawa saya sudah pun diterima ke UKM Bangi). Dipendekkan cerita, kebetulan pada semester kedua seingat saya lah, saya dijemput menjadi fasilitator program dan terbang pulang ke Miri. Di sanalah saya menemui Cikgu tersebut dan kalian mungkin tau apa reaksi beliau..Moga pertemuan itu menjadi iktibar buat kami bersama supaya jangan pandang rendah pada orang lain.

Semua pengalaman ini alhamdulillah tidak merugikan.Terlalu banyak iktibar yang saya perolehi, antaranya :

1. Merasai susah payah orang lain bekerja untuk mencari duit.
2. Menjadikan saya lebih memahami situasi seseorang.
3. Mengajar saya supaya menghormati insan lain tanpa mengira jenis pekerjaan, status , bangsa, latar belakang dan pangkat.
4. Memperbaiki kemahiran komunikasi saya terhadap orang sekeliling.
5. Belajar ilmu dan kemahiran daripada pekerjaan kita.
6. Meningkatkan keyakinan diri.
7. Menghilangkan rasa malu dengan pekerjaan yang dianggap 'biasa' atau 'low class' oleh segelinti r masyarakat.

Semoga para tetamu blog yang singgah boleh kongsikan cara-cara terbaik mengisi masa cuti sekolah untuk tatapan adik-adik kita. Selamat berkongsi pengalaman daripada LENTERA HATI. Amat dialu-alukan..