Wednesday, March 25, 2009

PERMUSAFIRANKU


Ya Allah, jika pun musibah melanda, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.. Doa ini sentiasa dibaca apabila  mahu ke mana-mana destinasi yang jauh. Alhamdulillah doa ini sentiasa dimakbulkan. Perjalanan hampir 5 jam ke Kota TInggi Johor  untuk menghadiri  walimah seorang kawan kepada kawan saya akhirnya berakhir dengan pelbagai peristiwa yang punya sejuta satu hikmah.

Seawal 7 pagi, saya memandu kereta kancil hijau bersama kak kinah dan kak mija ke Bandar Sunway mengambil kak izza dan kak nisa. Permintaan kak kinah untuk ditemani dan menjadi pemandu sepanjang perjalanan saya terima dengan hati terbuka kerana rancangnya akan balik malam itu juga. Kebetulan, berhajat  hendak ke muktamar kampus dan ada rancangan hendak melawat adik-adik di raub keesokannya. Hendak dijadikan cerita, tidak sampai setengah jam selepas tol ke  Kulai, bunyi pelik dikesan dan akhirnya enjin kereta mati di tengah jalan. Sempat saya mengarahkan kereta ke pinggir jalan bagi mengelakkan kesesakan. Mujur di kanan jalan ada bengkel kereta. Saya pun mendapatkan bantuan. Kami berlima terpaksa menantikan keputusan keadaan kereta daripada mekanik yang membantu. Akhirnya, kereta diputuskan untuk cuba disiapkan pukul 10 pagi hari ahad. Redha saja jawab kami.  Dipermudahkan pula, rombongan dua kereta muslimin dalam perjalanan ke tempat walimah, maka berkesempatanlah mereka menumpangkan kami ke Kota Tinggi.   Selewat jam 4 petang kami pun sampai di rumah ustad Basri dan Kak Dayah. Seusai makan dan solat, kami berbincang untuk mencari jalan penyelesaian memandangkan kak nisa sudah pun membeli tiket pulang ke kampung halaman pada hari ahad jam 10 pagi. Akhirnya, semua sepakat kak nisa dan kak izza akan pulang malam itu juga menaiki bas. Kami pula dihantar ke rumah abg shakir dan isteri di UTM Skudai sebelum bermalam di rumah kak fauzana dan suami. Sempat kami rancak berbual dengan abg shakir dan keesokannya kak mija membawa agenda helwanya kepada kak fauzana. Pertemuan indah  mengenali dua orang anak kecil wafa dan fateh tidak akan dilupakan.

Selepas sarapan pagi ahadnya, abg shakir menghantar kami ke bengkel kereta. Ingatkan sudah di baiki sepenuhnya, malangnya tidak sampai setengah jam saya memandu di lebuhraya, enjin kereta mati tiba-tiba. Berasap. Akhirnya, mekanik kembali membawa kereta pulang ke bengkel. Didapati enjin kereta mengalami kerosakan agak teruk. Sambil mengharap bahawa kereta akan dibaiki petang itu juga kerana masing-masing sudah tidak tahan sehelai sepinggang; mujur saja ada yang membawa wang saku lebih. Maka seusai solat zohor, kami menghabiskan masa  di Giant Kulai, berlegar-legar di situ; kerana sudah tidak mahu meminta bantuan orang lain kononnya. Tepat selepas asar, mekanik memaklumkan berita bahawa kereta hanya mampu disiapkan petang isnin. Buntu..itulah keadaan kami ketika itu. Namun, Alhamdulillah Allah bagi kemudahan apabila sdr zul ikhram dalam perjalanan ke Johor memandu kereta Kak Cik Izzah yang perlu kami bawa pulang ke KL. Selesai masalah. Jam 12 tengah malam, saya memecut kenderaan pulang ke KL selepas menghantar zul ikhram ke Kluang. Tepat azan Subuh, kami sampai di rumah HEWI. Pastinya kami semua kepenatan dengan pengembaraan tak dirancang sehingga terkandas sedemikian rupa. Pengajarannya, sentiasalah mengamalkan ‘bersedia dalam keadaan tak bersedia’, bersabarlah dalam menerima pandangan kawan-kawan di saat getir kerana kadangkala kebanyakan pendapat yang diberikan dalam keadaan tertekan bukan hadir dari hati dan akal yang waras, berdiam diri kadangkala jalan terbaik dan menerima padangan orang lain juga mungkin adalah yang terbaik, jangan bawa kereta kancil untuk perjalanan lebih dari 3 jam kerana kita tidak mengetahui kemampuan enjinnya, jangan putus asa terhadap kebuntuan dan kepenatan, berdoalah dan ingatlah TuhanMu setiap masa kerana akan ada kemudahan di sebalik kesulitan. Terima kasih Ya Allah.

Kisah ‘adventure’ kedua semata-mata ke walimah selepas walimah Abg arif di Kedah. Menantikan walimah teman-teman yang seterusnya.

Thursday, March 12, 2009

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dengan kerjasama

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN,

BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)

Menjemput saudara/ saudari ke

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

OBJEKTIF

  • Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
  • Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
  • Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
  • Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT

20 – 22 Mac 2009 / 23-25 Rabiulawal 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor

TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

SASARAN

Seramai 150 orang yang terdiri dari:

  • Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
  • Kakitangan MMU Melaka dan Cyberjaya
  • Orang Awam yang mengikuti pengajian Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Masjid MMU Melaka
  • Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

MODUS OPERANDI

Sila rujuk jadual kursus yang dilampirkan.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.

(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)

TENTATIF PROGRAM

Jumaat (20/03/2009)

5:00 petang : (Check-in) Pendaftaran & Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’

9:00

malam : Majlis Perasmian ”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar

Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka

10:30 malam : Minum malam & Berehat

Sabtu (21/03/2009)

6:00 pagi : Solat Subuh & Tazkirah

7:30 pagi : Sarapan

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ; Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

4:00 petang : Minum petang & solat Asar

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]

Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat]

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 4 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan;

[Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]

11:00 malam : Minum malam & Berehat

Ahad (22/03/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 5 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 6 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh; Saudara Mohd Hilmi B. Ramli, Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)

PERTANYAAN DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

Boleh menghubungi Sdr. Ikhram di talian 0193731744.

Saturday, March 7, 2009

CATATAN HIMPUNAN 100 RIBU

Pemimpin turun padang.

Penglibatan semua pihak.

Sabtu, 7 Mac 2009 : Hampir 8 ribu rakyat Malaysia berhimpun di Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum PPSMI. Penulis berkesempatan menyertai perarakan yang diadakan bagi menyampaikan mesej rakyat kepada kepimpinan tertinggi negara. Penulis bersama ahli PKPIM turut membawa kain rentang dan replika keranda Keranda 152 untuk sama-sama menyatakan sokongan. Pengalaman penulis yang terpaksa memanjat bukit dan terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Alhamdulillah, teman-teman menjadi benteng pertahanan bersama. Yang pasti sukar untuk menceritakan satu-persatu peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang demonstasi tersebut. Pengajaran yang penulis perolehi ialah semangat setiakawan amat penting dalam segala urusan dakwah kita, selain itu berdemonstrasi merupakan antara tanggungjawab kita untuk memastikan mesej penting rakyat dan umat sampai kepada pihak yang berkenaan.Jika tidak berani ke hadapan, maka kemungkinan isu-isu umat akan tenggelam begitu saja. Semoga segala usaha kita diberkati.Hidup bahasa melayu!Hidup Biar berjasa!