Tuesday, May 19, 2009

RUHANIYAH

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

[Siri 2]

Anjuran
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF
• Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
• Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
• Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
• Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

YURAN
RM 15 [INDIVIDU]

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

...MOHON SEBARAN...

Thursday, May 7, 2009

HARTA BANGSA


Apa Lagi Yang Tinggal Pada Sesuatu Bangsa

Jika Nama Tiada Tahu Asalnya

Punya Harta Berganda

Tapi Digadai Tanpa Usul Periksa


Mana Bahasa, Baju Bangsa

Selain Islam, Perisai Bangsa

Mana Tuan Pada Jati Diri

Sayang Sekali, Kesombongan Menjadi Duri


Hancurlah Bangsaku Tanpa Bahasa

Miskin Jati Diri Kerana Menggadai Bahasanya Sendiri

Kembalikan Bahasa Bangsaku

Ke Tempat Asalnya Yang Tidak Patut Dijual Beli


MIRI SARAWAK

Wednesday, May 6, 2009

JIKA

JIKA

jika derita

kan

jadi masa lalu akhirnya

maka mengapa dijalani dengan sepenuh rasa

sedang ketegaran akan lebih indah nantinya

jika kesedihan menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa tak dinikmati saja

sedang ratap tangis tak mengubah apa-apa

jika luka dan kecewa menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa dibiarkan meracuni jiwa

sedang tabah dan sabar lebih utama

jika kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa mesti tenggelam di dalamnya

sedag taubat itu lebih berguna

jika cinta menjadi
masa lalu pada akhirnya

mengapa mesti
ingin memiliki dan selalu bersama

sedang memberi
lebih menuai arti

jika rahasia
menjadi masa lalu akhirnya

mengapa dirasakan
sendiri

sedang berbagi
akan membuatnya berarti

jika hidup
menjadi masa lalu akhirnya

mengapa diiisi
dengan kesia-siaan belaka

sedang begitu banyak kebaikan bisa dicipta

suatu hari nanti

saat semuanya
telah menjadi masa lalu

kuingin di antara mereka tersenyum bercengkarama

menceritakan apa yang telah dilakukannya

pada masa lalu hingga memperoleh anugerah itu.

Maisaroh

PEPIAT JULAI 2007

(Permintaan saya dipenuhi oleh Sdri. Maisorah tatkala saya begitu mengagumi 'celik seni' mereka)


Sunday, April 26, 2009

KENYATAAN MEDIA

PKPIM DESAK KEPUTUSAN KABINET DITARIK BALIK

25 April 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya keputusan yang diputuskan Kabinet Menteri yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Pada 23 April lalu, barisan Kabinet telah membuat ketetapan berkenaan sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga orang anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Dalam pada itu, keputusan jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana keputusan tersebut dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti Mufti. Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak Kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan. Justeru, PKPIM berpandangan tindakan Kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh Ulama’ adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Dalam pada itu, PKPIM juga menegaskan bahawa tindakan Kabinet tersebut amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif. Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

Berdasarkan kes Subashini Rajasingam v Saravanan Thangathoray Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga. Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan.

Maka, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak Kabinet yang membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak.

Dalam pada itu, PKPIM turut mendesak jemaah Menteri agar menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak Mahkamah.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Naib Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)