Tuesday, May 19, 2009

RUHANIYAH

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

[Siri 2]

Anjuran
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF
• Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
• Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
• Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
• Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

YURAN
RM 15 [INDIVIDU]

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

...MOHON SEBARAN...

Thursday, May 7, 2009

HARTA BANGSA


Apa Lagi Yang Tinggal Pada Sesuatu Bangsa

Jika Nama Tiada Tahu Asalnya

Punya Harta Berganda

Tapi Digadai Tanpa Usul Periksa


Mana Bahasa, Baju Bangsa

Selain Islam, Perisai Bangsa

Mana Tuan Pada Jati Diri

Sayang Sekali, Kesombongan Menjadi Duri


Hancurlah Bangsaku Tanpa Bahasa

Miskin Jati Diri Kerana Menggadai Bahasanya Sendiri

Kembalikan Bahasa Bangsaku

Ke Tempat Asalnya Yang Tidak Patut Dijual Beli


MIRI SARAWAK

Wednesday, May 6, 2009

JIKA

JIKA

jika derita

kan

jadi masa lalu akhirnya

maka mengapa dijalani dengan sepenuh rasa

sedang ketegaran akan lebih indah nantinya

jika kesedihan menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa tak dinikmati saja

sedang ratap tangis tak mengubah apa-apa

jika luka dan kecewa menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa dibiarkan meracuni jiwa

sedang tabah dan sabar lebih utama

jika kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu pada akhirnya

mengapa mesti tenggelam di dalamnya

sedag taubat itu lebih berguna

jika cinta menjadi
masa lalu pada akhirnya

mengapa mesti
ingin memiliki dan selalu bersama

sedang memberi
lebih menuai arti

jika rahasia
menjadi masa lalu akhirnya

mengapa dirasakan
sendiri

sedang berbagi
akan membuatnya berarti

jika hidup
menjadi masa lalu akhirnya

mengapa diiisi
dengan kesia-siaan belaka

sedang begitu banyak kebaikan bisa dicipta

suatu hari nanti

saat semuanya
telah menjadi masa lalu

kuingin di antara mereka tersenyum bercengkarama

menceritakan apa yang telah dilakukannya

pada masa lalu hingga memperoleh anugerah itu.

Maisaroh

PEPIAT JULAI 2007

(Permintaan saya dipenuhi oleh Sdri. Maisorah tatkala saya begitu mengagumi 'celik seni' mereka)


Sunday, April 26, 2009

KENYATAAN MEDIA

PKPIM DESAK KEPUTUSAN KABINET DITARIK BALIK

25 April 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya keputusan yang diputuskan Kabinet Menteri yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Pada 23 April lalu, barisan Kabinet telah membuat ketetapan berkenaan sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga orang anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Dalam pada itu, keputusan jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana keputusan tersebut dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti Mufti. Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak Kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan. Justeru, PKPIM berpandangan tindakan Kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh Ulama’ adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Dalam pada itu, PKPIM juga menegaskan bahawa tindakan Kabinet tersebut amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif. Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

Berdasarkan kes Subashini Rajasingam v Saravanan Thangathoray Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga. Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan.

Maka, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak Kabinet yang membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak.

Dalam pada itu, PKPIM turut mendesak jemaah Menteri agar menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak Mahkamah.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Naib Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sunday, April 5, 2009

HARAPAN


PENDAPAT (http://www.mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2009/4/6/mstar_pendapat/20090406100501&sec=mstar_pendapat)

Harapan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6

MALAYSIA menyaksikan satu peralihan kuasa dan perlantikan Perdana Menteri yang keenam dengan lancar dan aman - Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilantik bagi menggantikan Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Perlantikan ini juga membawa satu mesej perubahan yang besar yang bakal digalas oleh Perdana Menteri yang baharu.

Segala silang sengketa politik, kemuraman ekonomi, kebejatan sosial yang bertambah dan seumpamanya adalah cabaran yang perlu ditangani dengan segera. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan selamat bertugas dengan amanah dan bijaksana dalam memimpin negara dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Sebagai pertubuhan pelajar Islam peringkat kebangsaan, yang juga mewakili sebahagian besar generasi muda di Malaysia, PKPIM menyatakan lima penyataan besar kami supaya pihak YAB Perdana Menteri dapat pertimbangkan: 1. Mengangkat nama baik Malaysia ke taraf yang lebih baik, dari segi imej integriti, mesra- pelabur, rakyat yang berjiwa besar, warganegara yang beradab, kredibiliti semua lapisan pemimpin, sikap berlapang dada dalam soal asas negara di kalangan ahli politik, ilmuwan dan sarjana yang berwibawa diketengahkan dan pendidikan yang membentuk insani.

Cabaran ini perlu digalas di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk pihak pembangkang, supaya atas nama negara, semua dapat bersama. 2. Mengangkat kembali semangat Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DDK) 1971, yang telah digagaskan oleh ayahanda YAB Perdana Menteri. Konsep ‘Satu Malaysia’ yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebagai satu tagline kepimpinan YAB seharusnya berpijak atas landasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Atas kesedaran realiti yang ada, DDK 1971 adalah lonjakan yang telah menyusun kembali struktur masyarakat kita selepas tragedi 1969.

‘Kebudayaan’ yang dimaksudkan bukan dalam erti kata yang sempit iaitu seni, artis dan tarian, tetapi sebuah binaan nilai dan worldview di peringkat pemikiran masyarakat.

Gagasan DDK 1971 ini ialah:

- Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini (kebudayaan orang-orang Melayu) - Unsur-unsur kebudayaan bangsa lain (Cina,India, dan lain-lain) yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.- Islam tetap menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

3. Mewujudkan pool of talented youth (kumpulan anak muda yang berbakat) dari segi kepimpinan, cerdik akalnya, berfikiran jauh dan seumpanya, tidak kira bangsa dan agama, supaya menjadi sumber penting negara kelak.

Mereka ini boleh dikenal pasti (head hunting) di sekolah- sekolah, universiti dan kolej, dengan diberi bimbingan, disemai semangat kenegaraan dan diasah bakat mereka.

Dengan proses yang terancang ini, mereka boleh mewakili Malaysia dalam apa jua program melibatkan anak muda, bahkan berperanan secara berkesan mengangkat nama Malaysia.

4. Mengangkat martabat universiti, pendidikan menengah dan rendah yang membina insan. Falsafah penubuhan universiti hari ini melahirkan pekerja industri, bukan manusia yang beradab.

Oleh kerana itu kita mungkin mempunyai warganegara yang berdedikasi dengan kerjanya, tetapi hilang pertimbangan akhlak.

Universiti harus diwarnai dengan acara keilmuan, perdebatan ilmiah, kunjungan sarjana luar negara dan medan penerokaan ilmu yang berterusan.

Mahasiswa yang berada di universiti harus diberi motivasi tertinggi, melalui kepimpinan dan pengarahan dasar YAB, supaya tujuan penting itu dapat dilaksanakan.

Di peringkat menengah dan rendah, dasar penyampaian Sains dan Matematik hendaklah diajar dalam bahasa kebangsaan.

Pendidikan Islam dan moral juga diberi penekanan bersungguh dan serius tatkala ingin membangunkan akhlak di kalangan pelajar.

5. Melabur dan menumpukan lebih kepada generasi muda di pedalaman, tidak kira kaum dan agama, dari segi kualiti pendidikan, nilai budaya dan masa depan mereka.

Akibat pembangunan dan tumpuan deras di bandar, menyebabkan mereka ketinggalan jauh, dan akhirnya meninggalkan perasaan ‘inferiority complex’.

Mereka ini harus dibangkitkan kesedaran dan semangat mencintai ilmu supaya dengan kemahiran yang ada, mereka boleh berbakti kepada masyarakat kelak. Presiden & Ahli Jawatankuasa PKPIM Pusat dan KampusSerta Badan- Badan Gabungan PKPIM seluruh Malaysia Sekretariat PKPIM Pusat, Lot 2965, Jalan Kg Tgh 7, Kg Tgh, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur

JEMPUTAN

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA & HOL SHAYKH ABDUL QADIR AL-JILANI

Lokasi                : Masjid Negara
Tarikh               : 11 April 2009
Hari                  : Sabtu

Majlis bermula    : 4.30petang - 10.30Malam.

Barisan Ulama yang bakal hadir :


Al Sheikh Afeefudden Abd Qadir Gilani,
Prof Dr Rafi' Alani Mufti Iraq,
Sheikh Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hassani,
Habib Umar Al Qilani dari Mekah,
Prof Dr Sheikh Ali Gomaa Mufti Mesir,
Dr Ibrahim Saleem dari Australia,
Porf Dr Ahmed Hashim, Bekas President University Al Azhar Mesir.
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady 
Sheikh Muahamad Fuad Kamaluddin Al Maliki

Aturcara Majlis :


4.30pm -- Solat Asar Berjemaah 

4.45pm -- Persembahan Audio Visual (Sirah Nabi SAW) 

5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis 

5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' Al-Ani (Mufti Iraq) 

6.00pm -- Ceramah 2 - Habib Umar Hamid Al-Gailani (Mekah) 

6.30pm -- Qasidah Burdah - Syed Abbas Bin Alawi Al Maliki Al Husani (Mekah) 

6.50pm -- Syair - Dr. Ahmed Omar Hashem (Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir) 

7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady(Pensyarah ISTAC)


7.25pm -- Azan & Solat Maghrib 

7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab(Mufti Mesir)

 
8.31pm -- Azan & Solat Isyak 

8.40pm -- Ceramah 5 - Ustaz Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA) 

8.50pm -- Bacaan Maulud Ad-Daiba'ie - Habib Hassan Bin Mohammed Salim Al-Attas (Singapura) 

9.20pm -- Doa Penutup - Sheikh Maulana Afeef Uddin Abdul Qadir Jailani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen) 

9.30pm -- Jamuan & bersurai 

Semua dijemput hadir. 

Malumat lanjut hubungi Pn Nursham/ En. Muhammad Amin (03-4251 8555/ 8666) 
email: mailto:info@ alwariseen. org - info@alwariseen. org

 

Wednesday, April 1, 2009

PERTAMA KALI



Jom berambeh ke Sarawak!




Hari Kemuncak

Sayang kerana Sdr. Hasnul Hanif terpaksa membatalkan tiket penerbangan di saat-saat akhir akibat keperluan menghadiri peperiksaan.Semoga mempunyai peluang lagi nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Selamat ulangtahun buat Sdri. Siti Nurbaya (Pengerusi HEWI PERKEPIS yang baru).