PENDAPAT (http://www.mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2009/4/6/mstar_pendapat/20090406100501&sec=mstar_pendapat)Isnin April 6, 2009 Harapan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6 MALAYSIA menyaksikan satu peralihan kuasa dan perlantikan Perdana Menteri yang keenam dengan lancar dan aman - Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilantik bagi menggantikan Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Perlantikan ini juga membawa satu mesej perubahan yang besar yang bakal digalas oleh Perdana Menteri yang baharu. Segala silang sengketa politik, kemuraman ekonomi, kebejatan sosial yang bertambah dan seumpamanya adalah cabaran yang perlu ditangani dengan segera. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan selamat bertugas dengan amanah dan bijaksana dalam memimpin negara dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Sebagai pertubuhan pelajar Islam peringkat kebangsaan, yang juga mewakili sebahagian besar generasi muda di Malaysia, PKPIM menyatakan lima penyataan besar kami supaya pihak YAB Perdana Menteri dapat pertimbangkan: 1. Mengangkat nama baik Malaysia ke taraf yang lebih baik, dari segi imej integriti, mesra- pelabur, rakyat yang berjiwa besar, warganegara yang beradab, kredibiliti semua lapisan pemimpin, sikap berlapang dada dalam soal asas negara di kalangan ahli politik, ilmuwan dan sarjana yang berwibawa diketengahkan dan pendidikan yang membentuk insani. Cabaran ini perlu digalas di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk pihak pembangkang, supaya atas nama negara, semua dapat bersama. 2. Mengangkat kembali semangat Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DDK) 1971, yang telah digagaskan oleh ayahanda YAB Perdana Menteri. Konsep ‘Satu Malaysia’ yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebagai satu tagline kepimpinan YAB seharusnya berpijak atas landasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971. Atas kesedaran realiti yang ada, DDK 1971 adalah lonjakan yang telah menyusun kembali struktur masyarakat kita selepas tragedi 1969. ‘Kebudayaan’ yang dimaksudkan bukan dalam erti kata yang sempit iaitu seni, artis dan tarian, tetapi sebuah binaan nilai dan worldview di peringkat pemikiran masyarakat. Gagasan DDK 1971 ini ialah: - Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini (kebudayaan orang-orang Melayu) - Unsur-unsur kebudayaan bangsa lain (Cina,India, dan lain-lain) yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.- Islam tetap menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. 3. Mewujudkan pool of talented youth (kumpulan anak muda yang berbakat) dari segi kepimpinan, cerdik akalnya, berfikiran jauh dan seumpanya, tidak kira bangsa dan agama, supaya menjadi sumber penting negara kelak. Mereka ini boleh dikenal pasti (head hunting) di sekolah- sekolah, universiti dan kolej, dengan diberi bimbingan, disemai semangat kenegaraan dan diasah bakat mereka. Dengan proses yang terancang ini, mereka boleh mewakili Malaysia dalam apa jua program melibatkan anak muda, bahkan berperanan secara berkesan mengangkat nama Malaysia. 4. Mengangkat martabat universiti, pendidikan menengah dan rendah yang membina insan. Falsafah penubuhan universiti hari ini melahirkan pekerja industri, bukan manusia yang beradab. Oleh kerana itu kita mungkin mempunyai warganegara yang berdedikasi dengan kerjanya, tetapi hilang pertimbangan akhlak. Universiti harus diwarnai dengan acara keilmuan, perdebatan ilmiah, kunjungan sarjana luar negara dan medan penerokaan ilmu yang berterusan. Mahasiswa yang berada di universiti harus diberi motivasi tertinggi, melalui kepimpinan dan pengarahan dasar YAB, supaya tujuan penting itu dapat dilaksanakan. Di peringkat menengah dan rendah, dasar penyampaian Sains dan Matematik hendaklah diajar dalam bahasa kebangsaan. Pendidikan Islam dan moral juga diberi penekanan bersungguh dan serius tatkala ingin membangunkan akhlak di kalangan pelajar. 5. Melabur dan menumpukan lebih kepada generasi muda di pedalaman, tidak kira kaum dan agama, dari segi kualiti pendidikan, nilai budaya dan masa depan mereka. Akibat pembangunan dan tumpuan deras di bandar, menyebabkan mereka ketinggalan jauh, dan akhirnya meninggalkan perasaan ‘inferiority complex’. Mereka ini harus dibangkitkan kesedaran dan semangat mencintai ilmu supaya dengan kemahiran yang ada, mereka boleh berbakti kepada masyarakat kelak. Presiden & Ahli Jawatankuasa PKPIM Pusat dan KampusSerta Badan- Badan Gabungan PKPIM seluruh Malaysia Sekretariat PKPIM Pusat, Lot 2965, Jalan Kg Tgh 7, Kg Tgh, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur |
Sunday, April 5, 2009
JEMPUTAN
MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA & HOL SHAYKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Lokasi : Masjid Negara
Tarikh : 11 April 2009
Hari : Sabtu
Majlis bermula : 4.30petang - 10.30Malam.
Barisan Ulama yang bakal hadir :
Al Sheikh Afeefudden Abd Qadir Gilani,
Prof Dr Rafi' Alani Mufti Iraq,
Sheikh Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hassani,
Habib Umar Al Qilani dari Mekah,
Prof Dr Sheikh Ali Gomaa Mufti Mesir,
Dr Ibrahim Saleem dari Australia,
Porf Dr Ahmed Hashim, Bekas President University Al Azhar Mesir.
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
Sheikh Muahamad Fuad Kamaluddin Al Maliki
Aturcara Majlis :
4.30pm -- Solat Asar Berjemaah
4.45pm -- Persembahan Audio Visual (Sirah Nabi SAW)
5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis
5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' Al-Ani (Mufti Iraq)
6.00pm -- Ceramah 2 - Habib Umar Hamid Al-Gailani (Mekah)
6.30pm -- Qasidah Burdah - Syed Abbas Bin Alawi Al Maliki Al Husani (Mekah)
6.50pm -- Syair - Dr. Ahmed Omar Hashem (Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady(Pensyarah ISTAC)
7.25pm -- Azan & Solat Maghrib
7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab(Mufti Mesir)
8.31pm -- Azan & Solat Isyak
8.40pm -- Ceramah 5 - Ustaz Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)
8.50pm -- Bacaan Maulud Ad-Daiba'ie - Habib Hassan Bin Mohammed Salim Al-Attas (Singapura)
9.20pm -- Doa Penutup - Sheikh Maulana Afeef Uddin Abdul Qadir Jailani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
9.30pm -- Jamuan & bersurai
Semua dijemput hadir.
Malumat lanjut hubungi Pn Nursham/ En. Muhammad Amin (03-4251 8555/ 8666)
email: mailto:info@ alwariseen. org - info@alwariseen. org
Wednesday, April 1, 2009
PERTAMA KALI







Wednesday, March 25, 2009
PERMUSAFIRANKU
Ya Allah, jika pun musibah melanda, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.. Doa ini sentiasa dibaca apabila mahu ke mana-mana destinasi yang jauh. Alhamdulillah doa ini sentiasa dimakbulkan. Perjalanan hampir 5 jam ke Kota TInggi Johor untuk menghadiri walimah seorang kawan kepada kawan saya akhirnya berakhir dengan pelbagai peristiwa yang punya sejuta satu hikmah.
Seawal 7 pagi, saya memandu kereta kancil hijau bersama kak kinah dan kak mija ke Bandar Sunway mengambil kak izza dan kak nisa. Permintaan kak kinah untuk ditemani dan menjadi pemandu sepanjang perjalanan saya terima dengan hati terbuka kerana rancangnya akan balik malam itu juga. Kebetulan, berhajat hendak ke muktamar kampus dan ada rancangan hendak melawat adik-adik di raub keesokannya. Hendak dijadikan cerita, tidak sampai setengah jam selepas tol ke Kulai, bunyi pelik dikesan dan akhirnya enjin kereta mati di tengah jalan. Sempat saya mengarahkan kereta ke pinggir jalan bagi mengelakkan kesesakan. Mujur di kanan jalan ada bengkel kereta. Saya pun mendapatkan bantuan. Kami berlima terpaksa menantikan keputusan keadaan kereta daripada mekanik yang membantu. Akhirnya, kereta diputuskan untuk cuba disiapkan pukul 10 pagi hari ahad. Redha saja jawab kami. Dipermudahkan pula, rombongan dua kereta muslimin dalam perjalanan ke tempat walimah, maka berkesempatanlah mereka menumpangkan kami ke Kota Tinggi. Selewat jam 4 petang kami pun sampai di rumah ustad Basri dan Kak Dayah. Seusai makan dan solat, kami berbincang untuk mencari jalan penyelesaian memandangkan kak nisa sudah pun membeli tiket pulang ke kampung halaman pada hari ahad jam 10 pagi. Akhirnya, semua sepakat kak nisa dan kak izza akan pulang malam itu juga menaiki bas. Kami pula dihantar ke rumah abg shakir dan isteri di UTM Skudai sebelum bermalam di rumah kak fauzana dan suami. Sempat kami rancak berbual dengan abg shakir dan keesokannya kak mija membawa agenda helwanya kepada kak fauzana. Pertemuan indah mengenali dua orang anak kecil wafa dan fateh tidak akan dilupakan.
Selepas sarapan pagi ahadnya, abg shakir menghantar kami ke bengkel kereta. Ingatkan sudah di baiki sepenuhnya, malangnya tidak sampai setengah jam saya memandu di lebuhraya, enjin kereta mati tiba-tiba. Berasap. Akhirnya, mekanik kembali membawa kereta pulang ke bengkel. Didapati enjin kereta mengalami kerosakan agak teruk. Sambil mengharap bahawa kereta akan dibaiki petang itu juga kerana masing-masing sudah tidak tahan sehelai sepinggang; mujur saja ada yang membawa wang saku lebih. Maka seusai solat zohor, kami menghabiskan masa di Giant Kulai, berlegar-legar di situ; kerana sudah tidak mahu meminta bantuan orang lain kononnya. Tepat selepas asar, mekanik memaklumkan berita bahawa kereta hanya mampu disiapkan petang isnin. Buntu..itulah keadaan kami ketika itu. Namun, Alhamdulillah Allah bagi kemudahan apabila sdr zul ikhram dalam perjalanan ke Johor memandu kereta Kak Cik Izzah yang perlu kami bawa pulang ke KL. Selesai masalah. Jam 12 tengah malam, saya memecut kenderaan pulang ke KL selepas menghantar zul ikhram ke Kluang. Tepat azan Subuh, kami sampai di rumah HEWI. Pastinya kami semua kepenatan dengan pengembaraan tak dirancang sehingga terkandas sedemikian rupa. Pengajarannya, sentiasalah mengamalkan ‘bersedia dalam keadaan tak bersedia’, bersabarlah dalam menerima pandangan kawan-kawan di saat getir kerana kadangkala kebanyakan pendapat yang diberikan dalam keadaan tertekan bukan hadir dari hati dan akal yang waras, berdiam diri kadangkala jalan terbaik dan menerima padangan orang lain juga mungkin adalah yang terbaik, jangan bawa kereta kancil untuk perjalanan lebih dari 3 jam kerana kita tidak mengetahui kemampuan enjinnya, jangan putus asa terhadap kebuntuan dan kepenatan, berdoalah dan ingatlah TuhanMu setiap masa kerana akan ada kemudahan di sebalik kesulitan. Terima kasih Ya Allah.
Kisah ‘adventure’ kedua semata-mata ke walimah selepas walimah Abg arif di Kedah. Menantikan walimah teman-teman yang seterusnya.
Thursday, March 12, 2009
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN,
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Menjemput saudara/ saudari ke
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
OBJEKTIF
- Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
- Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
- Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
- Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA
- Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
- Kakitangan MMU Melaka dan Cyberjaya
- Orang Awam yang mengikuti pengajian Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Masjid MMU Melaka
- Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
MODUS OPERANDI
Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.
(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)
7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’
9:00
malam : Majlis Perasmian ”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar
Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka
7:30 pagi : Sarapan
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 :
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 :
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 :
4:00 petang : Minum petang & solat Asar
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 4 :
10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan;
[Kewajiban
11:00 malam : Minum malam & Berehat
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 5 :
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 6 :
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
PERTANYAAN DAN PENGESAHAN KEHADIRAN
Boleh menghubungi Sdr. Ikhram di talian 0193731744.