Friday, October 31, 2008

GURU

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail melaporkan kes salah laku pelajar di seluruh negara hanya dicatat sebanyak 2.08 peratus dalam tempoh Januari lalu hingga sekarang,.angka ini mungkin tidak membimbangkan, namun apabila hak asasi manusia bernama guru di ambil ringan, sesiapapun akan ambil peduli. Begitulah yang terjadi saban hari.berkenaan salah laku pelajar terhadap guru. Alhamdulillah masyarakat masih sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap perkembangan generasi muda. Sedarlah pelajar bahawa tanpa guru, siapalah kita.

Kepada pendidik di luar sana, jangan pernah berputus asa dalam membimbing insan bernama pelajar. Sesungguhnya, ganjaran di sisi Allah jua yang di cita-citakan. Terima kasih kepada mereka yang mendidik diri ini memahami erti keinsanan.


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Wednesday, October 29, 2008

TERINGIN NAK TENGOK



(LASKAR PELANGI-ANDREA HIRATA)



(SANG MURABBI)

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani


Teringin nak tengok filem yang benar-benar bersifat filem,penuh makna,inspirasi dan ekpresi semulajadi.

Monday, October 20, 2008

PEMERGIANNYA DIKENANG


(Nek Shamsiah Fakeh dalam kenangan, Al-Fatihah)

Wednesday, October 15, 2008

MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI

YTP




Tempat & Tarikh:

DEWAN BESAR,

KOMPLEKS ANJUNG RAHMAT , GOMBAK

SERI/SEMI


JUMAAT, 17 OKTOBER 2008 / 17 SYAWAL 1429H,

JAM 03:00 PTG – 06:30 PETANG


ANJURAN :

PKPIM-ABIM-WADAH & AGENSI

CATATAN AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua pelawat blog saya ini. Mungkin ada yang teringin untuk berkongsi kemeriahan, kesedihan dan kegembiraan menyambut syawal tahun ini di ruangan “comments” di bawah ini; amat di alu-alukan.

Kegembiraan pasti apabila semua beraya bersama kaum keluarga dan sanak saudara. Yang menariknya, tahun ini merupakan syawal kali ketiga saya menerima berita gembira apabila seorang lagi teman lama saya memeluk Islam. Alhamdulillah, kadangkala doa-doa kita untuk orang lain makbul. Hidup di negeri yang berbilang kaum ini cukup unik. Masih saya ingat di sekolah lama saya hanya ada tidak lebih sepuluh orang muslim dalam satu kelas, mungkin di sekolah lain kurang lagi daripada itu. Sehingga di tingkatan lima, jumlah itu hanya kurang sedikit sahaja.


Amalan dan pemahaman Islam perlu selari, namun apalah daya insan muda seperti kami ketika itu. Nah, dalam keadaan seperti ini, kami hanya ada ”akhlak” sebagai salah satu senjata untuk berdakwah. Bukankah akhlak adalah dakwah terbaik sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. Cuma mungkin keberkesanannya yang dipertikaikan, di mana ada orang yang menilai jika ramai yang memeluk Islam dalam kuantiti yang ramai dan masa yang singkat itulah yang terbaik, jika tidak metod berdakwah lain perlu di guna pakai. Selama kita masih menjaga waktu solat kita dan menunjukkan akhlak yang baik seperti apa yang di ajar dalam pendidikan moral sekalipun, tiada masalahnya. Akhlak berperanan seperti minyak wangi, apabila si pemakai berbau wangi, orang di sekelilingnya akan mengingati bau tersebut walapun sudah tidak bertemu bertahun lamanya. Begitulah yang berlaku jika muslim terus istiqamah berakhlak mulia kepada yang bukan muslim, insyaAllah Allah akan buka pintu hati mereka. Namun, usaha kita yang berakhlak mulia ini, hanya usaha yang terlalu kecil kerana hanya Allah jua yang menentukan keputusannya..

P/S : Di bawah ialah gambar kenangan teristimewa bersama teman-teman lama saya.

  1. Hari raya haji di Sg. Tangkas UKM
  2. Sambutan harijadi dan re-union
  3. Jejak kasih bersama Dyg. Nurhazwani & Keluarga
  4. Hari raya Aidilfitri